Monday, January 27, 2014

Those who dont do, they teach..

MummyMaisa seorang yg peace lover..
Seingat MummyMaisa mmg tak suka mengajar orang, apa yang betul apa yang tidak, melainkan diminta..
jadi bila orang nak mengajar MummyMaisa, rasa mcm tersentak juga kan..
Bukan MummyMaisa sombong, bodoh sombong jauh sekali.. kehkehkeh
Setiap orang ada rancangan sendiri yang berbeza.
Macam MummyMaisa ni, lembut orangnye (bluekkk), macam org lain tegas orangnya, ada org lain garang orangnya, ada juga yang cool spjg masa..

Kalau semua org punya cara yg sama, dunia ni tak berwarna-warni bukan?



Wednesday, January 15, 2014

Bila MummyMaisa lupa tutup pintu peti sejuk

Kejadian ni berlaku masa safymaisa genap 6 bln, 27 Disember yang lepas. Pagi tu sebelum kite bertolak ke tempat kerja (dengan lisadeena & safymaisa) kite lupa tutup pintu peti sejuk rapat. Balik dari kerja Mr Husb nmpk semua stok susu dah cair dan tak boleh digunakan lagi. Bila kite tengok mmg 'speechless'. Takde perkataan masa tu. 
.
.
.

Stok yg ada yang ada ms hari kejadian hanya lah yg diperah di ofis pd hari yg sama. Mujur ada kan? Jadi kite kerah tenaga dgn gigihnya ms sabtu dan ahad dan dapatlah untuk 3 feedings. Macam start from scratch? Pada hari bekerja stok perahan di ofis kadangkala boleh dpt utk 5 feedings, average leh dpt utk 4 feedings, paling sikit dpt utk 3 feedings plus2 sebab kadang2 sibuk atau ada mesyuarat. Dan setiap malam kite cuba dapatkan stok utk 1 feeding. heheh bkn jenis leh dpt susu yg sgt banyak, jadi dpt simpan stok 1 feeding tu dah rasa satu kejayaan. Masa tu juga start ambil Alfalfa dan ESP.. best juga ambil alfalfa & ESP, kenapa ms adeena dulu kite tak tau ni? haha.. Masa tu ada ambil tapi tak konsisten.. My bad..

Sejak dari tragedi tu kite jadi paranoid. Disebabkan kes pernah lupa tutup peti sejuk, walaupun dah tutup peti sejuk, mesti cek 2-3 peti rapat dah ke tak sebelum keluar rumah. So it's a good thing right. (muahahaha).. Dan lagi satu bila kita di atas, jangan lupa perasaannya kalau kita di bawah (ok , ini ai tuju untuk diri sendiri k)..

Lepas tu bila dah boleh kumpul susu yang cukup (cukup tu meaning lebih sikit dari scratch tadi), kite mula rasa lega sikit. sampai la weekend kite kena lepas keracunan makanan.. tak tau sebab makan apa sebab family members yang lain tak kena.. hari ahad tu mmg dah rasa semacam. Nak dekat tengahari tu kite boleh g tidur sbb rasa bdn lenguh dan tak larat nak masak. Pukul 12 lebih, gagahkan diri juga masak. Petang ahad tu kite tidur lagi dari 3.30 sampai 6.30.. tak tau kenapa tapi mmg rasa tak sihat dan takde mood sangat. Keesokan harinya, masih mampu ke office, 2x ke toilet, lepas tu terus g klinik. balik dari klinik tu bermula lah episod kesetiaan tak bertepi berulang ke toilet.. Huhu.. memang letih asyik membuang je.. Sampai kering badan.. dan bila pam susu dapat sikit je..huaaa..

Hari ni masih belum betul2 baik lg. Tapi maybe makin ok. cuma susu mummymaisa yang belum ok. production susu drop sbb sakit. Kite terfikir apakah pendorong utk kite gigih kumpul stok masa lupa tutup fridge tu. Kenapa lepas sakit ni rasa macam tak brp nk gigih? Satu sbb kena pergi Team Building selama tiga hari anjuran office. (Huaaa lagi).. Berapa banyak stok yg harus ku kumpul utk 3 hari sepeninggalanku nanti.. Mujur juga  Safymaisa dah start semisolid food..

Mungkin bila dah fully recover nnt, susu akan back to normal balik. kan? In the mean time tak boleh give up tambah sesi perahan walaupun bila lepas perah tu nmpk yg dapat tu x sebanyak dulu -_-"   :p

I can do this right baby?

Safymaisa with her two favorite fingers


Saturday, January 4, 2014

Bila biasanya bayi mula berjalan? Are you kidding me??

Selepas meneliti (cewah meneliti la sangat) posts lama di blog ini.. mmg saya rs mcm boleh pengsan berkali2.

Salah satunya entry ini ---> http://fatihatie.blogspot.com/2011/11/bila-bayi-biasanya-mula-berjalan-ini.html

Tinggi juga rating utk post ini?

Kenapa la aku lame sangat?? bahahabananana..

To all mummies and papas.. Bayi/toddlers akan berjalan bila mereka sudah bersedia utk berjalan. Jangan risau ye. Jika mereka aktif, sihat dan tiada masalah, mereka adalah normal dan akan berjalan bila sudah sampai masanya..

Thursday, January 2, 2014

Comeback

Dah dua tahun dah rupanya kutinggalkan blog ini. Post terakhir adalah dalam Januari 2012.

Hari ni mummydeena buat "comeback". Kecuali sekarang bukan lagi mummydeena seorang. Tetapi juga mummyMaisa. Laju sungguh masa berlalu. Rasa macam baru je tulis entry pasal putus susu adeena?

Bila tengok balik post lepas rasa macam "akukah yg menulis itu??" akukah?? akukah? hehe.. Segan ai.

Rasanya tahun 2014 ni mungkin gaya penulisan harus selari dengan jiwa yang makin matang, ececeh. pi-o-wai-o sangat. Hihi. Kita masih lagi seperti dahulu. Gila2 tentu hala. Suka buat hal sendiri. Tak peduli orang. Dan yang penting tak sibuk hal orang kat facebook. kahkahkah. Perluke statement tu. Tapi tak dinafikan dunia facebook memang masih laris dan semakin berkembang utk org yg gemar online biz.

Kite pula sedar yang jiwa berblogging masih tebal dalam diri (ececeh lagi).. Sekurang-kurangnya hapdate blog lagi menarik daripada buat laporan kerja pejabat. kahkahkah..

Dengan ini Datin Fatihah merasmikan kembali blog ini sempena usia yg bakal mencecah 3 series.  Hahaha..

Salam rindu.

Thursday, January 12, 2012

Roast chicken mamadeena




Seekor uolss..
Boleh juga gunakan ayam yg dah di belah 4, 8 mahupun 12:p
Sbnrnya FIL yg request ayam ni sbb dia baru bli microwave oven yg baru.
FIL suruh mamadeena sbb papadeena la ckp mamadeena pnah buat kat rumah kami..
Mmg mamadeena pnah buat tp biasa2 je, sume org pun leh buat benda ni, segan pon ada.
Mamadeena pulak tgh diarrhea ms tu so x dpt janji buat ayam ni
Malam sebelum tu call MIL suruh perap ayam dulu belah malam lagi sedap kalau perap overnight kan, kalau tgu mamadeena dtg hari lepas tu bilanye nk perap.
Sudahnya mamadeena bg direction via telefon dgn MIL. haha. lawak je.
Keesokan hari tu mamadeena dtg tambah garam and curi2 letak 1 sudu gula. Lols. sbb rasa masin semata2 je, ibarat tambah madu lah hehe.. tp outcome x manis pun. tp lengkapkan rasa. Tapi mamadeena rasa bawang besar pun manis kan, so agak2 je la kalau nk letak madu or gula or kicap.

Versi yg mamadeena buat kat rumah, mamadeena letak kicap skit, igt x sedap tp sedap gak rasa dia.
Plus yg mamadeena buat garing skit sbb guna 'application' 'broiled' dgn oven mamadeena.
Oven FIL takde pulak tulis button broiled tp mmg boleh panggang ayam, outcome dia x garing sgt maybe sbb kena bakar lama skit. atau mungkin sbb gravy byk sgt, hehe.

ok bahan2 dia bawang putih4 ulas, bawang besar 3 biji, halia 1 inchi, lada hitam 3 sudu besar, sedikit kicap manis, sedikit garam, 2 biji lemon, mixed herbs, tak lupa ayam dan kentang.

Bersihkan ayam dan lumurkan ayam dgn sedikit air lemon. Toreh sebiji lg lemon dgn pisau dan sumbatkan di dlm ayam.

Blend bawang2, halia, lada hitam, dan air. Tuang ke dalam bekas dan campur kicap manis, garam dan mixed herbs. Sila rasa dulu. lepas tu separuh dari nya dilumurkan pada ayam dan perap semalaman dlm fridge.

Biarkan ayam pd suhu bilik stgh jam sebelum dipanggang. Panaskan oven 240oC. Sebelum panggang ayam, turun kan suhu kpd 200oC dan panggang ayam selama 80minit. 40 minit terakhir, keluarkan ayam dan tuang keseluruhan bahan blend tadi bersama kentang. Boleh tabur bawang yang dihiris kalau nak.

dan tadaa siap! senang je kan. Plus tak bawah buat gravy sbb dah ada gravy. yg dlm pic tu bkn minyak eh tp lemak ayam kot. hehe.

Monday, January 9, 2012

Sayang, mungkin sampai di sini sahaja:)

This is gonna be a long entry:)

Mamadeena tak pernah cerita pasal sejarah tentang ini dari awal.
Teringin nak mengimbau kenangan kah3 -_-
Mungkin dah sampai ke penghujung jadi mungkin relevanlah nk citer kan :p

Dulu masa preggie selalu tgk2 blog orang.
Lompat blog sana lompat sini.
Bukan satu niat yg terlalu besar tp ada perasaan untuk breastfeed adeena lepas bersalin nanti.
Pada masa yg sama masa hampir bersalin, beli juga susu utk adeena. Standby kot.
Alat mengepam tak beli sebab rasa tak perlu. Tengok kwn2 beli, terus terfikir, eh belum bersalin dah nak bli ke? Tapi sebenarnya mmg langsung tak rugi pun nk beli sbb baru tau fakta susu mesti ada. dan walaupun mahal, insya Allah leh guna lama sampai anak no.5 (tu kalau sampai 5 lah:)). Tapi masa tu mamadeena tak tau apa2. Ayat kasarnya, apa pun tak tau. haha.1st time mother remember? Tak boleh salahkan mamadeena sobs :)

Selepas selamat melahirkan Nur Khaleesa Adeena Bt Mansur, proses stitching ambil masa yg agak lama. mungkin kurang sejam sbb Doc kata daging mamadeena halus (fragile katanya) so tak boleh dibius. >.<
Dan sewaktu nk menyusukan adeena, susu tak keluar. maybe sbb lmbt menyusukan dia, tertekan sbb proses jahit yg lama, tertekan nk bg dia minum, jadi sudahnya mestilah negatif kan.
Si kecil tidur. Sekali sekala dia menangis. Setiap kali mamadeena cuba bf, tp terasa seperti tidak menyusukan, akhirnya dia tidur hingga ke malam.
Pada bhgn malam, mamadeena dah ada kat rumah.
Syukur ada makcik dtg untuk urut susu.
Selepas makcik Normah mengurut, Alhamdulillah colostrum keluar.
Gembira takde perkataan.
So kami pun suap kat bibir adeena. Selesai mengurut mamadeena pun bf adeena.
Keesokan harinya pun kak Normah mengurut kali ke-2, kata dia alhamdulillah susu dah makin banyak.
1st time mother ni dengar kosong je, sbb dalam hati rasa macam ye ke banyak?
Walaupun bf adeena sll ada perasaan adeena tak cukup susu.

masa tu tak tau yg perut baby sebesar guli je masa baru2 lahir.

Nak dijadikan cerita hobi adeena bukan tidur tapi menangis.
Berlarutan sampai bbrp bulan (sampai 9 bln kot? Tp dlm ms tu semakin hari semakin improve)
Waktu tidur mamadeena dan papadeena sgt tak teratur.
Sebelah malam pernah tidur 2 jam je (take turns) sbb kerja adeena malalak je kalau tak tidur.
Dalam tempoh pantang dugaan mmg terlalu hebat sbbnya ada yg kata adeena tak kenyang sbb tu asyik nangis.
Sob3.. sedih tau sbb tak tau mcm mana nk terangkan yg susu cukup (walaupun dlm hati tak yakin jugak)
Tapi mamadeena teruskan jugak exclusively sampai 6 bln dan selepas 6 bln, setahun. Alhamdulillah syukur. Pernah a few times bg susu tepung juga ms dlm pantang, tu pun sbb nenek adeena suruh. Mamadeena akur je, tgk2 minum susu byk pun adeena kuat menangis jugak.
Kesimpulannya budak menangis bkn sbb x cukup susu je tp byk sbb lain.
Dan alkisah adeena ni kuat kembung (colicky baby). Buat lah ape saje, sapu minyak bagai, dia tetaplah bersama dgn menangis.
Menangis adalah adeena, adeena adalah menangis. Hehe.
Driving force mamadeena hanyalah berat badan adeena dan kesihatan adeena dlm masa 6 bln tu. Kenaikan berat badan ok, kesihatan pun ok, jd mamadeena pun ok. Berat bdn adeena tak naik mencanak2 tapi peningkatan tu yg penting kan. Pernah berat bdn adeena naik sikit je. Sampai google range berat brp setiap bulan. Tengok dia masuk range berat tu, so fikir ok je lah ( haha padahal google bkn leh dipercayai pun website2 tu kot, I mean ntah betul ntah tidak) hahaha.. tapi tak pelah betul atau tak, keringkan hati je apa org kata.

Oh ye, lupa nk ckp mamadeena tak bekerja sampai umur adeena 11 bln jadi kat rumah directfeeding je. Kalau mamadeena g campus, mamadeena akan pam susu. Mamadeena bli pam susu Spectra3 masa dalam tempoh pantang. Tadi ternampak plastic storage suri kat sini. Menariknya kan, tak perlu basuh botol storage. Harga pun menarik. Hehe mungkin sesuai kalau terlalu bz atau tgh travel, kursus dsbnya. Makin lama makin maju. Makin lama makin murah tak gadget2 & kelengkapan penyusuan? Haha tunggu 10-20tahun akan dtg kot. (nak yg mahal2 je mmg la x mampu hahahahaha).



Sewaktu mula2 bekerja production susu sedikit drop, tak tau kenapa.
Masa tu macam2 cuba, power pumping, supplement, mknn utk tmbh susu (tp x try semua pun) semata2 untuk kekalkan production.
Genap setahun adeena dijangkiti pneumococcal selepas mamadeena sebulan bekerja dan adeena tinggal di nursery. Pasal tu mamadeena dah pernah cerita secara tak langsung, tapi xde specific post ms adeena kat hospital :)mamadeena ulang citer psl pnemococal sbb ms tu la adeena jd meng-kurus , muntah2 dan x nak mkn langsung.
Dr suruh top up susu utk mempercepatkan adeena kembali kpd asal kot (x tau la betul tak reason ni), tp once dah kembali ke asal, x perlu pun susu tu kot.
Sebulan sekali beli susu yg doc suggest. Dlm 3-4x jugak bli susu tu. Bile rasa susu tu mak aih manis siot, lemak berkrim, macam susu org dewasa. Saiz scoop sgt besar pttla lemak berkrim. Hehe.
Ok enuf about that (melalut dah mamadeena ni).
Perenggan ni bertujuan utk menceritakan adeena dah minum susu tepung selepas setahun ekekke..

Sampai satu tahap mamadeena mengepam kat office, nip luka padahal pam susu mcm biasa je.
Tapi lepas 2-3 hari dah ok balik
Dan yg terbaru November lalu luka lagi tp keadaan teruk dan berlarutan. tahan sakit je bila bf adeena...
Selalu jumpa Dr Rohani poliklinik Az-zahrah, mulanya dia bg ubat biasa, bila dah berlarutan lebih sebulan Doc terkejut mamadeena dtg lg rabu lepas sbb ada nanah, yes nanah. Dia terkejut sbb masalh tak baik2 dan ragu betul ke nanah. Mamadeena kata yg mamadeena igt normal je sblum ada nanah tu sbb ada gak ibu yg kata ada masalah mcm ni, tp dr Rohani kata tak normal. Sllnya sekejap je lps ambil ubat akan baik, ni dah lama sgt. Dan ia bukan thrush spt yg mamadeena pernah ckp.

Dr ROhani bg antibiotic penicillin dan brp ubat lain. Perlu dihabiskan dlm 5 hari.
Dan dlm 5 hari ni mamadeena dah x direct feed adeena.
Mungkin boleh dikatakan macam weaning off…

Suka Dr rohani sbb dia doctor biasa yg bf anak2 dia. anak pertama dia kata dia gagal. Tapi 3 anak seterusnya dia berjaya sampai 3 thn pun ada. (seingat mamadeena la, maaf kalau silap ye dr). masa mamadeena cerita yg mungkin dpt bf adeena setahun lebih je, Dr rohani kata yg mamadeena bertuah sbb dah sejauh ni. My eyes nak watery2 masa tu sbb terharu. Cis poyo je. Dr kata tak ramai ibu2 yg dpt bf pun anak 1st mereka. Sllnya anak seterusnya akan lebih baik dry g 1st. oo macam tu ye.. terus tersedar ape yg dr ckp tu betul. Dan kesimpulannya bersyukur kan:)


Mamadeena dulu berniat unutk menyusukan adeena sampai 2 thn tp kalau tak de rezeki spt adeena yg tak nak, atau adeena ada adik (contoh) mamadeena redha setakat mana boleh bf adeena. Tp tak terfikir stop bf sbb ni. Kite tak tau kan plan yg Allah dah buat utk kite. Jd jd bila jadi macam ni mamadeena mmg kena redha sbb mmg inilah dia reason utk stop bf right? Hehe. Dan bila ia sudah memudaratkan si ibu, maka ia perlulah dihentikan. Utk sayang org lain, kena sayangi diri sendiri dulu kan.


Beli peria kat jusco. ee pahit.

Minggu lepas mamadeena dan papadeena beli peria dan halia sbb ms tu baru ambil antibiotic dan nk luka cpt baik jd nk stop dr bf adeena dan nak perah dan bg dlm botol. Mmadeena sapu peria kat nip dan bg adeena minum nip yg tak luka, tp dia nyonyot cam biasa je.. ekeke. Adeena tak mengamuk pulak tp susu bahagin nip tu mmg dah x byk jd adeena mmg x dpt ldr (i mean sejak mslh luka, yg bhgn susu sikit tu lmbt skit ldrnya), so bila mamadeena withdraw nip (dia ngamuk kejap)and feed dia dgn bottle, dia minum tak tolak pun bottle tu. Aik?? Senangnye kalau camni? Hehe.
 Dah hampir seminggu x direct bf adeena, bg dia bottle feeding je, susu perahan/ susu tepung, ada lah drama2 sikit, tp tahan je , kdg dia ok kdg dia baring posisi nk nyusu sblh kite, tp dia x selak baju mamadeena so mcm ok kot.

Nipple dah makin baik, rasa je nk bg dia minum tp susu pun maybe dah x byk sgt macam sebelum ni. Berbelah bg jugak nk sambung balik sbb takut luka berulang lagi. Dah la mamadeena tak pasti knp mslh luka tu terjadi. Menjadi misteri..

Sekali sekala mamadeena akan teringat masa bf adeena dulu.
Rindu. Rindu sangat. Emosional skejap.
Tapi mamadeena akan lupa skit demi sedikit.
Dan mamadeena percaya adeena yg masih kecil juga akan lupa.
Bezanya adeena akan lupa terus.  (hehe)



Friday, January 6, 2012

Januari bertemu lagi

Hai semua
First entry 2012
Cewah
Alhamdulillah mamadeena dan adeena dah sihat sepenuhnya bbrp hari lepas
Fuhh rasanya tu lah diarrhea paling teruk yg pernah di alami
ala2 contraction bersalin pon ada
nk suruh refresh zaman bersalin dulu kot
Serius dah lupa macam mana sakit tu.
Maha suci Allah :)
Tiba2 pulak ckp psl bersalin pulak haha
kite lupakan semua dan buakk buku baru

Azam tahun baru
Mmg macam xde :p
kecuali mamadeena rs nk jadi lebih baik (general gile haha)
Contohnya benda2 kecik macam

1. Jgn tidur balik 5minit lepas bunyi alarm, jgn tekan butang snooze (LOL tp punch card tak pernah merah lah - ok ada merah tp boleh kira dgn jari tgn n jari kaki :p, bgn awal boleh sediakan breakfast hari2? hehe )
2. Jgn procrastinate keje rumah (igt anak baru sorang, kalau lebih x menang tangan ye)
3. Buat laudries hari2 bila sempat (ni baru praktikkan sbb adeena da boleh jalan kan, so senang  skit nk buat ape2, having a  HIGH NEED baby needs high courage ye hehe)
4. Jangan buat perceptions negatif kat org, jgn sekali2 bersangka tak baik (talk about karma?)
5. Banyakkan sedekah senyum (yg ikhlas) pd orang spy boleh beri aura positif kat org sekeliling hehe


"Azam2 besar" tu simpan dalam hati je lah dulu :p

ok itu je.
Sekian :)

Saturday, December 31, 2011

Penutup 2011

Semalam dan hari ni mamadeena kena diarrhea dan muntah2 yg sangat teruk
Rabu lepas adeena dulu yang kena
tapi papadeena ok je
tanya kat nursery cikgu kata bbrp budak lain pun cirit birit
So mmg dr nursery lah kot

Khamis, kat office mamadeena rs semacam je
pagi diarrhea sekali
tghari rs seram sejuk
kunci bilik n nap
bgn tidur sbb perut memulas
pukul 3pm br lunch
nak balik tp tinggal 2 jam je kan
tgu punye tgu pukul 4 muntah
macam nk fengsan
teringat ms mabuk preggie dulu harharhar takde bezanye perasaan tu
jumaat MC
muntah dan lawatan ke toilet je sepanjang hari
perut flat dan mata bengkak ketiduran


 demam sikit. perut flat baru eyak tp x suh wash, sambung tutup mata.. huhu..kesian..
 lemah je, mintak tepuk nk tidur (lapik kain sbb sll terbocor bila dia poopoo)
makan tetap makan


adeena seems ok hari jumaat
hari ni nk bf dia takut2 sbb takut dia cirit birit jugak
tp husband kata budak cirit birit tak elok pun minum susu sbb tu doc suh bancuh susu cair2
so bf jelah, plus ada antibodies?
terharu dengar sbb papadeena lebih terer
mamadeena tak dpt berfikir sejenak
but she seems ok today
mamadeena lega 

disebabkan tidur spnjg hari, skrg cergas:)

Mengimbau kenangan 2011
Pahit manis berkeluarga, melihat tumbesaran dan perkembangan anak, kerjaya, studies, semuanya bermakna buat mamadeena, tp lebih bermakna kalau studies tu dah tamat kan. ekeke. terasa sesuatu yg tidak terbayar tahun ini. Unresolved. Mungkin tahun hadapan? Insya Allah.



Wednesday, December 21, 2011

Hiatus

Wow lamanya tak bersiaran kat sini.
Sebabnya office tak bg berblog, berfacebook dan menggunakan apa2 lama sosial skrg.
hata gadget2 yg menggunakan wifi office pun tak boleh guna. Tak fun ok!.
Entah ape2 je kan. Semua di blocknye. Ape2jelah asal kau bahagia.
ni pun mamadeena bawa broadband so drpd terbiar je byr bulan2 tp x guna semaksimanya, buat ape kan? hehe

Mamadeena baru balik dr kursus team building 16-18hb kat ayer keroh , Melaka.
Kursus??
BEST!
hehe

Tak sangka mamadeena enjoy kat sana.
balik dr kursus walaupun penat
tp rasa ringan sikit kepala ni
boleh??
hehe

Kesian papadeena sorang2 babysit adeena kat rumah
tp mamadeena x la risau sbb papadeena jg adeena tiptop kan
papa dah train diri sendiri (and well trained by mamadeena) hahha

tak tau kenapa balik dr kursus mamadeena rasa bertambah2 sayang kat family
haha pelik tp benar
bukan sbb berjauhan
tapi atas sebab yg complicated untuk dijelaskan
maybe dtg dr intipati tersirat kursus kot

dan balik je rumah tgk adeena makin besar
besar? haha
macam lama je x jumpa kan

ape2pun team building ni best
kalau ada lg lainkali mamadeena x hesitate dah nk pergi


ps: maybe ini vacation yg mamadeena perlukan selama ini.

Tuesday, December 13, 2011

Pegedil si kecil

Post ni dah lama tak terpublish.
Rasanya dah sebulan lebih kot.
Masa tu mamadeena buat mashed potatoes (konon utk adeena ahha)
tp mashed potatoes tu terlebih garlic so mamadeena simpan je dlm peti.
Dia suatu hari yg indah mamadeena teringin makan soto.
jadi mlm tu buat soto dgn bersungguh2 haha.
Nmpk ada mashed potatoes teringat nk buat pegedil
walaupun dah letak garlic ( mama mamadeena x letak garlic pun dlm pegedil) tp mamadeena belasah je hehe

soto was a hit.
Hahah! bagi bertiga lah.
tapi tak leh lawan soto mama mamadeena (to me)

Mamadeena buat pegedil utk soto dah frozen selebihnya utk kudapan adeena. Cheh. kudapan la sgt.
Tgk2 papa dia yg bedal banyak
Disebabkan pegedil ni lain dr yg lain, rasa dia mmg lain dr yg lain jugak.
Buat pegedil ni senang je.
mamadeena share resepi ok.

  • Mula2 rebus 5 biji kentang dan tumbuk. (Mama mamadeena sllnya goreng kentang yg di potong kiub sblum ditumbuk). Lepastu masukkan cheese (mamadeena guna sekeping cheesedale dan bawang putih (ok x ltk bwg putih & cheese pun x pe je tp sbb mula2 buat mashed potatoes kan haha). Then put aside.
  • Sangai 1 sudu besar jintan manis, satu sudu besar jintan putih dan satu sudu besar ketumbar dan blend. (ada yg dah siap blend jual kat tesco tesci). Put aside.
  • Tumis 2 biji bawang besar dan satu sudu kecil rempah yg dah disangai td (jgn byk sgt nnt terlebih rasa pulak). bila dah masak dan baik bau, masukkan daging hancur (ramly pon boleh, mamadeena guna daging korban sbb kebetulan ada tp leceh skit lah hehe). Tutup api dan gaulkan dgn adunan kentang td. gaul dgn daun sup atau ape2 sayur cthnya florets brocolli cincang / carrot kalau nk buat kudapan. Kalau utk soto mamadeena letak daun sup je. hehe. Sebelum ltk daun sup, letak gula sedikit (1 sudu kecil atau kurang)dan garam tp jgn masin sgt sbb kalau nk mkn dgn sup baik kurangkan masin sbb sup dah masin. pandai2lah balance rasa ok. agak2 lah gula tu cz kentang kan dah manis ehhe. rasa dulu adunan ye.
  • Masukkan sebiji putih telur supaya senang nk bentukkan. Lepas bentukkan celup dlm kuning telur yg diasingkan td dan goreng! Dah siap!. Leceh skit. Oh ye rempah yg lebih td leh buat masak sup soto kalau nk buat soto. mamadeena buat camni sbb ms tu nk terus buat kuah soto.. kalau x buat soto, ambil 1 sudu kecil setiap rempah tu je.
  •  Tunggu org suap.

    Tak sabar2sampai nk masuk muka dlm mangkuk. Mengada2 nak campur nasi, ayam pegedil sekali suap kalau kite bg nasi je. 

    Penuh mulut tgk papabear makan.



    Sekian. hehe.

Thursday, December 8, 2011

Mushroom soup mamadeena

gambar ehsan Mr Google

Alkisah mamadeena buat mushroom soup last weekend
konon nk buat mushroom soup utk adeena lah k
haha jadi mamadeena tak letaklah perasa tambahan ekeke
dan hasilnya kurang sedap,rasa mcm ada sesuatu yg perlu ditambah utk menyedapkan hehe
tapi boleh buat tak tau kenapa tak sedap hehe
Sebelum tu mamadeena ambil gambar
lepas makan, x sedap, terus delete gmbr
jadi ni tempek gmbr mushroom soup org lain ;p

Semalam panaskan balik mushroom soup lebihan mamadeena simpan dlm peti
hampir lupa nk makan sbb tak sedap kan haha
sampai hati
kali ni mamadeena pun letaklah En. perasa skit. skit je, hujung sudu jer :p
bila rasa, Sluurrrpp
Sedapnyer hahha..
Papadeena makan utk dinner
mamadeena mkn nasi hehe
Adeena terliur tgk papa mkn soup, dia pun nak, bg la dia rasa, dia x suke. mujur dia x suka ok. hehe..

Resepi dia mudah je sbb mamadeena guna apa yg ada je kat rumah.

Tumis bawang putih dalm 2 sudu butter. masukkan cendawan Shitake. Campur tepung yg dah larut dlm air sejuk dan kacau perlahan. Masukkan air rebusan ayam. bila dah sebati dan mengelegak, masukkan isi ayam yg direbus dan disiat halus. Tuangkan susu full cream/ low fat, tambahkan pepper, apa2 herba yg ada kat rumah (mamadeena guna italian herbs sbb tu je yg ada kat rumah ehhe). Mamadeena letak gak bread crumbs. hehe. letak la air secukupnya k. sbb biasanya ia akan sgt likat. jgn lupa garam dan perasa hehe. kalau suke soup yg ada color boleh letak kicap skit ekeke. serius x kacau rasa pun sbb ltk x sampai sesudu pun. ok mamadena masak mmg main campak2 je, maybe salah step tp sbb dapur mamadeena so tak ikut peraturan hehe.

Papadeena suh mamadeena buat mushroom soup utk father in law. tp mamadeena tak nak sbb kat rumah dia ada chef hotel. hahaha. harus lawan tokey? takmo lah.. :p

Dulu mamadeena pernah buat lebih kurang macam ni jugak tp letak sikit mushroom soup segera utk perasa, ntah ape2 je hehe. mamadeena prefer ltk perasa skit sbb kita lebih tau sukatan perasa yg kita consume. hehe. dan yg plg penting, kesederhanaan.

Love,
mamadeena

Tuesday, December 6, 2011

Apa itu "thrush in breastfeeding"

Mamadeena dah tak pam susu kat office.
Semalam mamadeena cuti.
Nonton movie dgn papabear.
Seharian keluar pun tak pam susu.
Sebab mamadeena trauma bila perah sakit.
(menyusu adeena pun sakit).

Kat office hari ni pun tak pam susu.
Tak bawa apa2 gadget mengepam, mahupun icepacks.
Sesampai di ofis, kawan tegur, "hai, belenggang kangkung nmpk, hadbag aje?".
Dalam hati sedih tp mamadeena tau ini yg terbaik.
Mamadeena lupa sejarah boleh berulang.
baju ammadeena basah lagi.
terus perah susu manual
sanggup. sayang tgk membasahi baju begitu sahaja.
membasahi baju, membasahi pipi. (ok tipu mamadeena x nangis pun haha)

mamadeena ada jumpa dr hari tu, tp doctor tak cakap apa2 sgt.
Doctor bagi cream, yg bertulis CANDID. What the??? Candida ke? knp tak tulis betul2.
bersama antibiotic.
Mamadeena tak pakai cream sbb takut cuci tak bersih nnt adeena termakan, sbb cream tu beracun n bila cuci susah nk ilang. antibiotics pun x habis huhuhuhuhu... mamadeena hanya pakai cocoa butter.
infeksi beransur baik.

tp masalah 'cracked nipple' muncul di bahagian lain.
Dugaan kan..
mamadeena jadi peminat Mr Google yg setia lunch hour hari ni.
disebabkan doctor x ckp ape2, mamadeena pandai2 je lah cari.
dan jumpa ini.

mamadeena akan jumpa doctor lain ptg ni.
tp mamadeena rasa masalah mamadeena dtg dari ini.
Sebab simptom2nya semua sama.
  • Itchy, pink, red, shiny, or burning nipples (may be cracked) (Note that pink, tender nipples can also be a sign of a bacterial infection, or dermatitis, which should be diagnosed and treated by a dermatologist.)
  • deep, shooting breast pain during or after feedings"
dan menyusukan adeena juga menyakitkan.
Breastfeeding isnt suppose to hurt right. kalau sakit tu sure ada masalah spt bayi melekap tidak betul, bayi ada tongue-tied, posisi penyusuan tidak betul, dan sebagainyer..
mamadeena kena cek adeena da tak fungal infection dlm mulut dia, baru tau tepat ke tak kot??kalau takde yeast infeection, ibu x kan dpt thrust ke?? huhu..

Mamadeena baru terbaca ni kat sini

"If you have thrush, be aware of the relationship between thrush and breastfeeding. If you have a yeast infection in your nipples, your baby will have it too, even if you see no symptoms. Your baby may be unsettled, and you should seek treatment, but it is not a serious condition."

Siapa yg ada experience ttg ni eh? kalau ada, harap leh tinggalkan komen...

Info for the day..
Love,
Mamadeena

Thursday, December 1, 2011

Kenapa duit dalam akaun tiba2 ada extra??

Tadi log in cimb.
Tengok ada extra rm240. pelik.
rasanya baru je draw rm200 smlm spptnye makin menyusut, tp kenapa x berubah.
fikir punya fikir.. rasanya dapat claim company utk pneumococal vaccine adeena hari tu kot.
Mamadeena surprised.
Sebab ktorg fikir vaccine camni tak leh claim dan dpt full.
Hari tu call admin, dorang kata maybe dpt claim separuh je.
tp tgk2 ada amaun 241, tak salah lagi lah , dpt full claim.
nasib baik mamadeena claim jugak walaupun dorang kata maybe dpt claim separuh je..
Best gilak! hehe

ps:in the future kena rajin2 claim wpun singgit haha.

It's irony labels for this post happy, kerja, duit. HAH! dpt duit happy/happy kerja? LOL

Sign that mamadeena may need a break.



When You Write a Blog Post Called Sign That You May Need a Break...









Friday, November 25, 2011

I declare myself a successful mermerter. hah.

Macam kalau kena kejar dek anjing.
ketakutan.
pagar 2 meter pun lepas.
LOL

tadi sewaktu dlm mode mendiamkan diri.
sedar2 baju basah.
oh no!
pantas bukak balik youtube.
walaupun dah sll tgk psl hand expressing kan
tp td terjumpa satu vid
yg membuatkan mamadeena faham sikit la

ni link dia --> Correct and incorrect breastfeeding hand expression.





and the rest is history..


memula dpt hinkmilk je. memula nk guna botol tp dah tau wajib akan berterabur punya jd cari2 nasib ada bekas ni. steril and ready for use.



hindmilk

tertunduk2 perah sbb takut org nmpk (wpun kaum2 adam tgh solat jumaat & dah kunci pintu) tp sbb ada blind je, takut gak. spttnye posisi kena tegak ye spy flow steady and mama dlm keadaan relax. tp dlm kes mamadeena ni matlamat menghalalkan cara haha. apa2 pun boleh asal susu dpt dikeluarkan utk elak bengkak susu.


and taraaa... (slps 40minit~ lama giler~~~boleh la diterima utk amatur kan hehehe). walaupun boleh perah lg tp sbb lama sgt dan lenguh tgn, mamadeena rs cukup lah utk kurangkan bengkak.



menyorok blkg beg pam susu hehe


note: segala gambar adalah bertujuan utk perkongsian semata-mata. sumpah tiada niat tersembunyi. sekadar pesanan penaja :)




Masa bertafakur sblum perah susu tu tak tahu nk selesai masalah macam mana
Jadi mamadeena ambil initiatif meng google cara utk menyembuhkan luka di sini dgn cara salt water rinse (nmpk sgt free aku hari ni kan lol)

Mamadeena telah men dilute kan stgh sudu garam dlm air suam dan meletakkan pd tmpt lukaan

Dan lap slps bbrp minit dan sapukan dgn air susu

Boleh juga tuam tmpt luka dgn ais, tp mamadeena rasa kalau tuam ais nnt jd blockage pulak kan, sbb suhu sejuk macam x sesuai je utk aliran susu kan? hehe ni common sense sendiri je. suka suki mamadeena. dan lepas tu baru try hand expressing.

Dan variasikan posisi penyusuan utk meminimakan kesakitan. ni point yg mamadeena kutip dari lin kni utk mamadeena. ada byk info lain. yg berminat boleh baca butiran di link ini lebih lanjut.


Erm pagi td mermet mamadeena fail sbb mamadeena tak tau mcm mana nk dptkan Let down reflects (LDR). adeena je yg pro utk LDR ni. hehe. plus kena berani sikit ms mermet ni, mamadeena tak berani sbb takut hehe. ape lah sgt sakit tu dgn sakit luka tu kan. sbnrnya kalau tau teknik tak sakit pun. lagi best dr pam susu guna machine. hehe. cuma kalau kat office tak sesuai la nk mermert sll sbb kesuntukan masa kan. mujur hari ni hari jumaat;)

Sekian:p

Happy holidays!

fail mermet

sobs..
mamadeena try pam pagi td tp luka pulak yg lg satu
so both luka
mamadeena ckp psl apa yg luka? god biar betul i'm talking abt my B on the internet........
Ok. bila menjejaskan diri sendiri
haruslah dihentikan pam
disebabkan engorge sgt sbb smlm kurang breastfeed adeena, tgh mlm ms breastfeed adeena tahan je sakit with every sucking, igt ms mula2 adeena hisap je sakit, tp sampai ke sudah sampai mamadeena tk dpt lelap mata sama2 dgn adeena.
so last resort skrg
mermet
dpt kurang dr 0.5 oz. hindmilk je.
mmg fail mermet.
what to do....
duduk diam
dan bertafakur >.<


... rasa mcm kalau boleh nak jumpa doktor perempuan yg boleh ajarkan teknik mermet LIVE (of course la mamadeena yg kena jd model kan), mamadeena tk kisah n tak segan pun. instead of jumpa doctor dan ckp 2 minit dan bg nursing butter mcm hari tu. frust ok. knp xde doktor khusus utk penyusuan?? sbb ada doktor perempuan (yg dah berkahwin dan ada anak) bila kita jumpa macam x de perasaan je bila ckp psl breastfeeding. soulless doctor. Errgghhh..

Thursday, November 24, 2011

1st time kena g kursus yg panjang. tak suka ok.

Kembali kpd hidup asal.
Lepas 3 hari g baking class, hari ni dah kembali di tmpt kerja.
kursus best. walaupun penat giler tp enjoy.
cuma spjg kursus tak sempat sgt nak pam susu, tp cuba juga.
hari 1st pam 2x je. x best ok sbb x selesa tak pam
hari 2nd & 3rd pam 3x tp sesi tak lama sgt setiap sesi
Oleh kerana tekanan tmpt utk mengepam, kdg2 pam susu dm kereta
susu dpt pun tak meriah
dan yg plg gile tak best filter utk corong pam terkoyak ms basuh ok, padahal x de la ganas ape pun ms basuh tu!! sobs..
jadi ada satu je yg boleh pakai
dan tak tau kenapa masalah kelukaan timbul
permukaan kulit kering sbb kurang mengepam rasanya
dan pernah sekali lupa nk apply nursing butter
Spttnya tak perlu pakai cream pun tp sbb sebelum ni pernah melecet sbb tersilap teknik pam, so sll akan apply nursing butter sblum pam. fobia ok kalau luka tak leh nak pam.
Jadi sudahnya hari ni kat office fobia nak pam takut masalah luka tu lg teruk. nak guna teknik mermet. Pernah try tp mungkin x pandai kot. tak kua pun susunya haha huhu hoho.
Rs nya tak ramai ibu2 yg ada masalah ni sbb rs cam ibu2 mengepam cam happy je tak yah apply cream apa2..
so i am one of the lucky few lah kot.. huhu


Nursing butter wajib ada dlm bag. adapter tu rsnya baru pakai 2x kot dah buat hal.


dan adapter breastpump utk pakai dlm kereta ni teramat lah sengal
dia function 3x suction and rest, 3x suction n rest. gile agaknya adapter ni
rasa nk baling kat longkang ok ms tu!
tp sabar je le..dah la corong pump ada satu je, suction pulak teruk, ini bersamaan dgn kesewelan mamadeena.
tp ini bukan kali pertama mslh melecet/ luka. dah pernah lalui. jd pasrah & redha je la.

Org kata (seorang Ustaz) pernah berkata tahap redha ni ada 2 jenis. satu redha yg kita ucapkan innalillahiwainnailaihirojiun, kita masih menerima dan bersabar.. satu lagi redha adalah apabila kita mengucapkan alhamdulillah dan kita gembira dgn dugaan yg diberi. redha jenis kedua ni hanya dipunyai oleh org yg sgt2 istimewa. mamadeena kira mamadeena bukan kategori istimewa ini. tapi walaubagaimanapun kita kena berusaha ke arah itu.. tazkirah, iklan hari khamis hehehe:P

Lepas tu hari ni baru dpt tau yg mamadeena kena g team building 3 hari bln dpn
sgt lah x de hati ok..
sbb 1st time kena g kursus dan tidur sekali kat sana
jd rs cam berat hati je
camni lah rupanya perasaan ibu2 bekerja yg terpaksa g kursus
huhu
1st time rasa.
rasa yg tak best.

Sekian.


Friday, November 18, 2011

Kami anak2 yang terpaksa menurut perintah :p

Tajuk post ikhlas ke tak ni? Separuh2 jiwa jugak lah. hehe.

Ahad ni family mamadeena akan mematuhkan diri yg malas ni ke Muar menghadiri majlis pernikahan sahabat papadeena

Jadi according to plan (hehe) malam ni sampai esok familydeena (sejak bila wujud nama family ni? --> sejak sekarang:p), gerak gempur laundry dan masak bubur nasi adeena sampai pengsan. Read as menyediakan makan pakai di bawah tempat berteduh kami ceceh.poyo.

Nanti kami jadi org tua, kami pulak heret anak2 pergi kenduri :-S. Untuk kebaikan anak2 jugak kan. huhu. skrg ni ikut je ok, jgn banyak cerita. nanti faham sendiri (walaupun faham tp sll buat2 tak faham). ye baiklah.

Pergi muar tu, cari la mi bandung muar ke apa2 kan, supaya x lah rasa bosan nk berjalan. kan? at least ada motif lain. haha. ~monolog diri sendiri.

Lepas tu ptg (ptg ke? rs cam tgh malam je br sampai sbb nk menyinggah melaka la pulokk) ahad balik terus koma 6jam. Frozen food adeena, kemas rumah, kemas dapur sinki,laundry, iron baju, beg baju& kelengkapan adeena tiptopteko SIAP!. Blerghh.


Wednesday, November 16, 2011

Tuesday, November 15, 2011

Year end sales?

Siapa2 mummies yg tau year end sale (baby and kids apparel) mana2 area kajang, bangi, KL, selangor, please drop a link here ok.

hehe. Thanks in advance!

ps: mamadeena sll ketinggalan year end sale/warehouse sales etc. tau2 dah licin dah.

ps: baru tau pureen warehouse sale 3&4 December ni. 3hb mamadeena dah ada kat kelantan. *mode sedih :(* kenapa mmadeena sll terlepas warehouse sales..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...