Thursday, January 12, 2012

Roast chicken mamadeena




Seekor uolss..
Boleh juga gunakan ayam yg dah di belah 4, 8 mahupun 12:p
Sbnrnya FIL yg request ayam ni sbb dia baru bli microwave oven yg baru.
FIL suruh mamadeena sbb papadeena la ckp mamadeena pnah buat kat rumah kami..
Mmg mamadeena pnah buat tp biasa2 je, sume org pun leh buat benda ni, segan pon ada.
Mamadeena pulak tgh diarrhea ms tu so x dpt janji buat ayam ni
Malam sebelum tu call MIL suruh perap ayam dulu belah malam lagi sedap kalau perap overnight kan, kalau tgu mamadeena dtg hari lepas tu bilanye nk perap.
Sudahnya mamadeena bg direction via telefon dgn MIL. haha. lawak je.
Keesokan hari tu mamadeena dtg tambah garam and curi2 letak 1 sudu gula. Lols. sbb rasa masin semata2 je, ibarat tambah madu lah hehe.. tp outcome x manis pun. tp lengkapkan rasa. Tapi mamadeena rasa bawang besar pun manis kan, so agak2 je la kalau nk letak madu or gula or kicap.

Versi yg mamadeena buat kat rumah, mamadeena letak kicap skit, igt x sedap tp sedap gak rasa dia.
Plus yg mamadeena buat garing skit sbb guna 'application' 'broiled' dgn oven mamadeena.
Oven FIL takde pulak tulis button broiled tp mmg boleh panggang ayam, outcome dia x garing sgt maybe sbb kena bakar lama skit. atau mungkin sbb gravy byk sgt, hehe.

ok bahan2 dia bawang putih4 ulas, bawang besar 3 biji, halia 1 inchi, lada hitam 3 sudu besar, sedikit kicap manis, sedikit garam, 2 biji lemon, mixed herbs, tak lupa ayam dan kentang.

Bersihkan ayam dan lumurkan ayam dgn sedikit air lemon. Toreh sebiji lg lemon dgn pisau dan sumbatkan di dlm ayam.

Blend bawang2, halia, lada hitam, dan air. Tuang ke dalam bekas dan campur kicap manis, garam dan mixed herbs. Sila rasa dulu. lepas tu separuh dari nya dilumurkan pada ayam dan perap semalaman dlm fridge.

Biarkan ayam pd suhu bilik stgh jam sebelum dipanggang. Panaskan oven 240oC. Sebelum panggang ayam, turun kan suhu kpd 200oC dan panggang ayam selama 80minit. 40 minit terakhir, keluarkan ayam dan tuang keseluruhan bahan blend tadi bersama kentang. Boleh tabur bawang yang dihiris kalau nak.

dan tadaa siap! senang je kan. Plus tak bawah buat gravy sbb dah ada gravy. yg dlm pic tu bkn minyak eh tp lemak ayam kot. hehe.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...