Thursday, January 2, 2014

Comeback

Dah dua tahun dah rupanya kutinggalkan blog ini. Post terakhir adalah dalam Januari 2012.

Hari ni mummydeena buat "comeback". Kecuali sekarang bukan lagi mummydeena seorang. Tetapi juga mummyMaisa. Laju sungguh masa berlalu. Rasa macam baru je tulis entry pasal putus susu adeena?

Bila tengok balik post lepas rasa macam "akukah yg menulis itu??" akukah?? akukah? hehe.. Segan ai.

Rasanya tahun 2014 ni mungkin gaya penulisan harus selari dengan jiwa yang makin matang, ececeh. pi-o-wai-o sangat. Hihi. Kita masih lagi seperti dahulu. Gila2 tentu hala. Suka buat hal sendiri. Tak peduli orang. Dan yang penting tak sibuk hal orang kat facebook. kahkahkah. Perluke statement tu. Tapi tak dinafikan dunia facebook memang masih laris dan semakin berkembang utk org yg gemar online biz.

Kite pula sedar yang jiwa berblogging masih tebal dalam diri (ececeh lagi).. Sekurang-kurangnya hapdate blog lagi menarik daripada buat laporan kerja pejabat. kahkahkah..

Dengan ini Datin Fatihah merasmikan kembali blog ini sempena usia yg bakal mencecah 3 series.  Hahaha..

Salam rindu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...