Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Roast chicken mamadeena




Seekor uolss..
Boleh juga gunakan ayam yg dah di belah 4, 8 mahupun 12:p
Sbnrnya FIL yg request ayam ni sbb dia baru bli microwave oven yg baru.
FIL suruh mamadeena sbb papadeena la ckp mamadeena pnah buat kat rumah kami..
Mmg mamadeena pnah buat tp biasa2 je, sume org pun leh buat benda ni, segan pon ada.
Mamadeena pulak tgh diarrhea ms tu so x dpt janji buat ayam ni
Malam sebelum tu call MIL suruh perap ayam dulu belah malam lagi sedap kalau perap overnight kan, kalau tgu mamadeena dtg hari lepas tu bilanye nk perap.
Sudahnya mamadeena bg direction via telefon dgn MIL. haha. lawak je.
Keesokan hari tu mamadeena dtg tambah garam and curi2 letak 1 sudu gula. Lols. sbb rasa masin semata2 je, ibarat tambah madu lah hehe.. tp outcome x manis pun. tp lengkapkan rasa. Tapi mamadeena rasa bawang besar pun manis kan, so agak2 je la kalau nk letak madu or gula or kicap.

Versi yg mamadeena buat kat rumah, mamadeena letak kicap skit, igt x sedap tp sedap gak rasa dia.
Plus yg mamadeena buat garing skit sbb guna 'application' 'broiled' dgn oven mamadeena.
Oven FIL takde pulak tulis button broiled tp mmg boleh panggang ayam, outcome dia x garing sgt maybe sbb kena bakar lama skit. atau mungkin sbb gravy byk sgt, hehe.

ok bahan2 dia bawang putih4 ulas, bawang besar 3 biji, halia 1 inchi, lada hitam 3 sudu besar, sedikit kicap manis, sedikit garam, 2 biji lemon, mixed herbs, tak lupa ayam dan kentang.

Bersihkan ayam dan lumurkan ayam dgn sedikit air lemon. Toreh sebiji lg lemon dgn pisau dan sumbatkan di dlm ayam.

Blend bawang2, halia, lada hitam, dan air. Tuang ke dalam bekas dan campur kicap manis, garam dan mixed herbs. Sila rasa dulu. lepas tu separuh dari nya dilumurkan pada ayam dan perap semalaman dlm fridge.

Biarkan ayam pd suhu bilik stgh jam sebelum dipanggang. Panaskan oven 240oC. Sebelum panggang ayam, turun kan suhu kpd 200oC dan panggang ayam selama 80minit. 40 minit terakhir, keluarkan ayam dan tuang keseluruhan bahan blend tadi bersama kentang. Boleh tabur bawang yang dihiris kalau nak.

dan tadaa siap! senang je kan. Plus tak bawah buat gravy sbb dah ada gravy. yg dlm pic tu bkn minyak eh tp lemak ayam kot. hehe.

Tuesday, December 13, 2011

Pegedil si kecil

Post ni dah lama tak terpublish.
Rasanya dah sebulan lebih kot.
Masa tu mamadeena buat mashed potatoes (konon utk adeena ahha)
tp mashed potatoes tu terlebih garlic so mamadeena simpan je dlm peti.
Dia suatu hari yg indah mamadeena teringin makan soto.
jadi mlm tu buat soto dgn bersungguh2 haha.
Nmpk ada mashed potatoes teringat nk buat pegedil
walaupun dah letak garlic ( mama mamadeena x letak garlic pun dlm pegedil) tp mamadeena belasah je hehe

soto was a hit.
Hahah! bagi bertiga lah.
tapi tak leh lawan soto mama mamadeena (to me)

Mamadeena buat pegedil utk soto dah frozen selebihnya utk kudapan adeena. Cheh. kudapan la sgt.
Tgk2 papa dia yg bedal banyak
Disebabkan pegedil ni lain dr yg lain, rasa dia mmg lain dr yg lain jugak.
Buat pegedil ni senang je.
mamadeena share resepi ok.

  • Mula2 rebus 5 biji kentang dan tumbuk. (Mama mamadeena sllnya goreng kentang yg di potong kiub sblum ditumbuk). Lepastu masukkan cheese (mamadeena guna sekeping cheesedale dan bawang putih (ok x ltk bwg putih & cheese pun x pe je tp sbb mula2 buat mashed potatoes kan haha). Then put aside.
  • Sangai 1 sudu besar jintan manis, satu sudu besar jintan putih dan satu sudu besar ketumbar dan blend. (ada yg dah siap blend jual kat tesco tesci). Put aside.
  • Tumis 2 biji bawang besar dan satu sudu kecil rempah yg dah disangai td (jgn byk sgt nnt terlebih rasa pulak). bila dah masak dan baik bau, masukkan daging hancur (ramly pon boleh, mamadeena guna daging korban sbb kebetulan ada tp leceh skit lah hehe). Tutup api dan gaulkan dgn adunan kentang td. gaul dgn daun sup atau ape2 sayur cthnya florets brocolli cincang / carrot kalau nk buat kudapan. Kalau utk soto mamadeena letak daun sup je. hehe. Sebelum ltk daun sup, letak gula sedikit (1 sudu kecil atau kurang)dan garam tp jgn masin sgt sbb kalau nk mkn dgn sup baik kurangkan masin sbb sup dah masin. pandai2lah balance rasa ok. agak2 lah gula tu cz kentang kan dah manis ehhe. rasa dulu adunan ye.
  • Masukkan sebiji putih telur supaya senang nk bentukkan. Lepas bentukkan celup dlm kuning telur yg diasingkan td dan goreng! Dah siap!. Leceh skit. Oh ye rempah yg lebih td leh buat masak sup soto kalau nk buat soto. mamadeena buat camni sbb ms tu nk terus buat kuah soto.. kalau x buat soto, ambil 1 sudu kecil setiap rempah tu je.
  •  Tunggu org suap.

    Tak sabar2sampai nk masuk muka dlm mangkuk. Mengada2 nak campur nasi, ayam pegedil sekali suap kalau kite bg nasi je. 

    Penuh mulut tgk papabear makan.



    Sekian. hehe.

Thursday, December 8, 2011

Mushroom soup mamadeena

gambar ehsan Mr Google

Alkisah mamadeena buat mushroom soup last weekend
konon nk buat mushroom soup utk adeena lah k
haha jadi mamadeena tak letaklah perasa tambahan ekeke
dan hasilnya kurang sedap,rasa mcm ada sesuatu yg perlu ditambah utk menyedapkan hehe
tapi boleh buat tak tau kenapa tak sedap hehe
Sebelum tu mamadeena ambil gambar
lepas makan, x sedap, terus delete gmbr
jadi ni tempek gmbr mushroom soup org lain ;p

Semalam panaskan balik mushroom soup lebihan mamadeena simpan dlm peti
hampir lupa nk makan sbb tak sedap kan haha
sampai hati
kali ni mamadeena pun letaklah En. perasa skit. skit je, hujung sudu jer :p
bila rasa, Sluurrrpp
Sedapnyer hahha..
Papadeena makan utk dinner
mamadeena mkn nasi hehe
Adeena terliur tgk papa mkn soup, dia pun nak, bg la dia rasa, dia x suke. mujur dia x suka ok. hehe..

Resepi dia mudah je sbb mamadeena guna apa yg ada je kat rumah.

Tumis bawang putih dalm 2 sudu butter. masukkan cendawan Shitake. Campur tepung yg dah larut dlm air sejuk dan kacau perlahan. Masukkan air rebusan ayam. bila dah sebati dan mengelegak, masukkan isi ayam yg direbus dan disiat halus. Tuangkan susu full cream/ low fat, tambahkan pepper, apa2 herba yg ada kat rumah (mamadeena guna italian herbs sbb tu je yg ada kat rumah ehhe). Mamadeena letak gak bread crumbs. hehe. letak la air secukupnya k. sbb biasanya ia akan sgt likat. jgn lupa garam dan perasa hehe. kalau suke soup yg ada color boleh letak kicap skit ekeke. serius x kacau rasa pun sbb ltk x sampai sesudu pun. ok mamadena masak mmg main campak2 je, maybe salah step tp sbb dapur mamadeena so tak ikut peraturan hehe.

Papadeena suh mamadeena buat mushroom soup utk father in law. tp mamadeena tak nak sbb kat rumah dia ada chef hotel. hahaha. harus lawan tokey? takmo lah.. :p

Dulu mamadeena pernah buat lebih kurang macam ni jugak tp letak sikit mushroom soup segera utk perasa, ntah ape2 je hehe. mamadeena prefer ltk perasa skit sbb kita lebih tau sukatan perasa yg kita consume. hehe. dan yg plg penting, kesederhanaan.

Love,
mamadeena
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...