Monday, January 27, 2014

Those who dont do, they teach..

MummyMaisa seorang yg peace lover..
Seingat MummyMaisa mmg tak suka mengajar orang, apa yang betul apa yang tidak, melainkan diminta..
jadi bila orang nak mengajar MummyMaisa, rasa mcm tersentak juga kan..
Bukan MummyMaisa sombong, bodoh sombong jauh sekali.. kehkehkeh
Setiap orang ada rancangan sendiri yang berbeza.
Macam MummyMaisa ni, lembut orangnye (bluekkk), macam org lain tegas orangnya, ada org lain garang orangnya, ada juga yang cool spjg masa..

Kalau semua org punya cara yg sama, dunia ni tak berwarna-warni bukan?



Wednesday, January 15, 2014

Bila MummyMaisa lupa tutup pintu peti sejuk

Kejadian ni berlaku masa safymaisa genap 6 bln, 27 Disember yang lepas. Pagi tu sebelum kite bertolak ke tempat kerja (dengan lisadeena & safymaisa) kite lupa tutup pintu peti sejuk rapat. Balik dari kerja Mr Husb nmpk semua stok susu dah cair dan tak boleh digunakan lagi. Bila kite tengok mmg 'speechless'. Takde perkataan masa tu. 
.
.
.

Stok yg ada yang ada ms hari kejadian hanya lah yg diperah di ofis pd hari yg sama. Mujur ada kan? Jadi kite kerah tenaga dgn gigihnya ms sabtu dan ahad dan dapatlah untuk 3 feedings. Macam start from scratch? Pada hari bekerja stok perahan di ofis kadangkala boleh dpt utk 5 feedings, average leh dpt utk 4 feedings, paling sikit dpt utk 3 feedings plus2 sebab kadang2 sibuk atau ada mesyuarat. Dan setiap malam kite cuba dapatkan stok utk 1 feeding. heheh bkn jenis leh dpt susu yg sgt banyak, jadi dpt simpan stok 1 feeding tu dah rasa satu kejayaan. Masa tu juga start ambil Alfalfa dan ESP.. best juga ambil alfalfa & ESP, kenapa ms adeena dulu kite tak tau ni? haha.. Masa tu ada ambil tapi tak konsisten.. My bad..

Sejak dari tragedi tu kite jadi paranoid. Disebabkan kes pernah lupa tutup peti sejuk, walaupun dah tutup peti sejuk, mesti cek 2-3 peti rapat dah ke tak sebelum keluar rumah. So it's a good thing right. (muahahaha).. Dan lagi satu bila kita di atas, jangan lupa perasaannya kalau kita di bawah (ok , ini ai tuju untuk diri sendiri k)..

Lepas tu bila dah boleh kumpul susu yang cukup (cukup tu meaning lebih sikit dari scratch tadi), kite mula rasa lega sikit. sampai la weekend kite kena lepas keracunan makanan.. tak tau sebab makan apa sebab family members yang lain tak kena.. hari ahad tu mmg dah rasa semacam. Nak dekat tengahari tu kite boleh g tidur sbb rasa bdn lenguh dan tak larat nak masak. Pukul 12 lebih, gagahkan diri juga masak. Petang ahad tu kite tidur lagi dari 3.30 sampai 6.30.. tak tau kenapa tapi mmg rasa tak sihat dan takde mood sangat. Keesokan harinya, masih mampu ke office, 2x ke toilet, lepas tu terus g klinik. balik dari klinik tu bermula lah episod kesetiaan tak bertepi berulang ke toilet.. Huhu.. memang letih asyik membuang je.. Sampai kering badan.. dan bila pam susu dapat sikit je..huaaa..

Hari ni masih belum betul2 baik lg. Tapi maybe makin ok. cuma susu mummymaisa yang belum ok. production susu drop sbb sakit. Kite terfikir apakah pendorong utk kite gigih kumpul stok masa lupa tutup fridge tu. Kenapa lepas sakit ni rasa macam tak brp nk gigih? Satu sbb kena pergi Team Building selama tiga hari anjuran office. (Huaaa lagi).. Berapa banyak stok yg harus ku kumpul utk 3 hari sepeninggalanku nanti.. Mujur juga  Safymaisa dah start semisolid food..

Mungkin bila dah fully recover nnt, susu akan back to normal balik. kan? In the mean time tak boleh give up tambah sesi perahan walaupun bila lepas perah tu nmpk yg dapat tu x sebanyak dulu -_-"   :p

I can do this right baby?

Safymaisa with her two favorite fingers


Saturday, January 4, 2014

Bila biasanya bayi mula berjalan? Are you kidding me??

Selepas meneliti (cewah meneliti la sangat) posts lama di blog ini.. mmg saya rs mcm boleh pengsan berkali2.

Salah satunya entry ini ---> http://fatihatie.blogspot.com/2011/11/bila-bayi-biasanya-mula-berjalan-ini.html

Tinggi juga rating utk post ini?

Kenapa la aku lame sangat?? bahahabananana..

To all mummies and papas.. Bayi/toddlers akan berjalan bila mereka sudah bersedia utk berjalan. Jangan risau ye. Jika mereka aktif, sihat dan tiada masalah, mereka adalah normal dan akan berjalan bila sudah sampai masanya..

Thursday, January 2, 2014

Comeback

Dah dua tahun dah rupanya kutinggalkan blog ini. Post terakhir adalah dalam Januari 2012.

Hari ni mummydeena buat "comeback". Kecuali sekarang bukan lagi mummydeena seorang. Tetapi juga mummyMaisa. Laju sungguh masa berlalu. Rasa macam baru je tulis entry pasal putus susu adeena?

Bila tengok balik post lepas rasa macam "akukah yg menulis itu??" akukah?? akukah? hehe.. Segan ai.

Rasanya tahun 2014 ni mungkin gaya penulisan harus selari dengan jiwa yang makin matang, ececeh. pi-o-wai-o sangat. Hihi. Kita masih lagi seperti dahulu. Gila2 tentu hala. Suka buat hal sendiri. Tak peduli orang. Dan yang penting tak sibuk hal orang kat facebook. kahkahkah. Perluke statement tu. Tapi tak dinafikan dunia facebook memang masih laris dan semakin berkembang utk org yg gemar online biz.

Kite pula sedar yang jiwa berblogging masih tebal dalam diri (ececeh lagi).. Sekurang-kurangnya hapdate blog lagi menarik daripada buat laporan kerja pejabat. kahkahkah..

Dengan ini Datin Fatihah merasmikan kembali blog ini sempena usia yg bakal mencecah 3 series.  Hahaha..

Salam rindu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...