Saturday, December 31, 2011

Penutup 2011

Semalam dan hari ni mamadeena kena diarrhea dan muntah2 yg sangat teruk
Rabu lepas adeena dulu yang kena
tapi papadeena ok je
tanya kat nursery cikgu kata bbrp budak lain pun cirit birit
So mmg dr nursery lah kot

Khamis, kat office mamadeena rs semacam je
pagi diarrhea sekali
tghari rs seram sejuk
kunci bilik n nap
bgn tidur sbb perut memulas
pukul 3pm br lunch
nak balik tp tinggal 2 jam je kan
tgu punye tgu pukul 4 muntah
macam nk fengsan
teringat ms mabuk preggie dulu harharhar takde bezanye perasaan tu
jumaat MC
muntah dan lawatan ke toilet je sepanjang hari
perut flat dan mata bengkak ketiduran


 demam sikit. perut flat baru eyak tp x suh wash, sambung tutup mata.. huhu..kesian..
 lemah je, mintak tepuk nk tidur (lapik kain sbb sll terbocor bila dia poopoo)
makan tetap makan


adeena seems ok hari jumaat
hari ni nk bf dia takut2 sbb takut dia cirit birit jugak
tp husband kata budak cirit birit tak elok pun minum susu sbb tu doc suh bancuh susu cair2
so bf jelah, plus ada antibodies?
terharu dengar sbb papadeena lebih terer
mamadeena tak dpt berfikir sejenak
but she seems ok today
mamadeena lega 

disebabkan tidur spnjg hari, skrg cergas:)

Mengimbau kenangan 2011
Pahit manis berkeluarga, melihat tumbesaran dan perkembangan anak, kerjaya, studies, semuanya bermakna buat mamadeena, tp lebih bermakna kalau studies tu dah tamat kan. ekeke. terasa sesuatu yg tidak terbayar tahun ini. Unresolved. Mungkin tahun hadapan? Insya Allah.



Wednesday, December 21, 2011

Hiatus

Wow lamanya tak bersiaran kat sini.
Sebabnya office tak bg berblog, berfacebook dan menggunakan apa2 lama sosial skrg.
hata gadget2 yg menggunakan wifi office pun tak boleh guna. Tak fun ok!.
Entah ape2 je kan. Semua di blocknye. Ape2jelah asal kau bahagia.
ni pun mamadeena bawa broadband so drpd terbiar je byr bulan2 tp x guna semaksimanya, buat ape kan? hehe

Mamadeena baru balik dr kursus team building 16-18hb kat ayer keroh , Melaka.
Kursus??
BEST!
hehe

Tak sangka mamadeena enjoy kat sana.
balik dr kursus walaupun penat
tp rasa ringan sikit kepala ni
boleh??
hehe

Kesian papadeena sorang2 babysit adeena kat rumah
tp mamadeena x la risau sbb papadeena jg adeena tiptop kan
papa dah train diri sendiri (and well trained by mamadeena) hahha

tak tau kenapa balik dr kursus mamadeena rasa bertambah2 sayang kat family
haha pelik tp benar
bukan sbb berjauhan
tapi atas sebab yg complicated untuk dijelaskan
maybe dtg dr intipati tersirat kursus kot

dan balik je rumah tgk adeena makin besar
besar? haha
macam lama je x jumpa kan

ape2pun team building ni best
kalau ada lg lainkali mamadeena x hesitate dah nk pergi


ps: maybe ini vacation yg mamadeena perlukan selama ini.

Tuesday, December 13, 2011

Pegedil si kecil

Post ni dah lama tak terpublish.
Rasanya dah sebulan lebih kot.
Masa tu mamadeena buat mashed potatoes (konon utk adeena ahha)
tp mashed potatoes tu terlebih garlic so mamadeena simpan je dlm peti.
Dia suatu hari yg indah mamadeena teringin makan soto.
jadi mlm tu buat soto dgn bersungguh2 haha.
Nmpk ada mashed potatoes teringat nk buat pegedil
walaupun dah letak garlic ( mama mamadeena x letak garlic pun dlm pegedil) tp mamadeena belasah je hehe

soto was a hit.
Hahah! bagi bertiga lah.
tapi tak leh lawan soto mama mamadeena (to me)

Mamadeena buat pegedil utk soto dah frozen selebihnya utk kudapan adeena. Cheh. kudapan la sgt.
Tgk2 papa dia yg bedal banyak
Disebabkan pegedil ni lain dr yg lain, rasa dia mmg lain dr yg lain jugak.
Buat pegedil ni senang je.
mamadeena share resepi ok.

  • Mula2 rebus 5 biji kentang dan tumbuk. (Mama mamadeena sllnya goreng kentang yg di potong kiub sblum ditumbuk). Lepastu masukkan cheese (mamadeena guna sekeping cheesedale dan bawang putih (ok x ltk bwg putih & cheese pun x pe je tp sbb mula2 buat mashed potatoes kan haha). Then put aside.
  • Sangai 1 sudu besar jintan manis, satu sudu besar jintan putih dan satu sudu besar ketumbar dan blend. (ada yg dah siap blend jual kat tesco tesci). Put aside.
  • Tumis 2 biji bawang besar dan satu sudu kecil rempah yg dah disangai td (jgn byk sgt nnt terlebih rasa pulak). bila dah masak dan baik bau, masukkan daging hancur (ramly pon boleh, mamadeena guna daging korban sbb kebetulan ada tp leceh skit lah hehe). Tutup api dan gaulkan dgn adunan kentang td. gaul dgn daun sup atau ape2 sayur cthnya florets brocolli cincang / carrot kalau nk buat kudapan. Kalau utk soto mamadeena letak daun sup je. hehe. Sebelum ltk daun sup, letak gula sedikit (1 sudu kecil atau kurang)dan garam tp jgn masin sgt sbb kalau nk mkn dgn sup baik kurangkan masin sbb sup dah masin. pandai2lah balance rasa ok. agak2 lah gula tu cz kentang kan dah manis ehhe. rasa dulu adunan ye.
  • Masukkan sebiji putih telur supaya senang nk bentukkan. Lepas bentukkan celup dlm kuning telur yg diasingkan td dan goreng! Dah siap!. Leceh skit. Oh ye rempah yg lebih td leh buat masak sup soto kalau nk buat soto. mamadeena buat camni sbb ms tu nk terus buat kuah soto.. kalau x buat soto, ambil 1 sudu kecil setiap rempah tu je.
  •  Tunggu org suap.

    Tak sabar2sampai nk masuk muka dlm mangkuk. Mengada2 nak campur nasi, ayam pegedil sekali suap kalau kite bg nasi je. 

    Penuh mulut tgk papabear makan.



    Sekian. hehe.

Thursday, December 8, 2011

Mushroom soup mamadeena

gambar ehsan Mr Google

Alkisah mamadeena buat mushroom soup last weekend
konon nk buat mushroom soup utk adeena lah k
haha jadi mamadeena tak letaklah perasa tambahan ekeke
dan hasilnya kurang sedap,rasa mcm ada sesuatu yg perlu ditambah utk menyedapkan hehe
tapi boleh buat tak tau kenapa tak sedap hehe
Sebelum tu mamadeena ambil gambar
lepas makan, x sedap, terus delete gmbr
jadi ni tempek gmbr mushroom soup org lain ;p

Semalam panaskan balik mushroom soup lebihan mamadeena simpan dlm peti
hampir lupa nk makan sbb tak sedap kan haha
sampai hati
kali ni mamadeena pun letaklah En. perasa skit. skit je, hujung sudu jer :p
bila rasa, Sluurrrpp
Sedapnyer hahha..
Papadeena makan utk dinner
mamadeena mkn nasi hehe
Adeena terliur tgk papa mkn soup, dia pun nak, bg la dia rasa, dia x suke. mujur dia x suka ok. hehe..

Resepi dia mudah je sbb mamadeena guna apa yg ada je kat rumah.

Tumis bawang putih dalm 2 sudu butter. masukkan cendawan Shitake. Campur tepung yg dah larut dlm air sejuk dan kacau perlahan. Masukkan air rebusan ayam. bila dah sebati dan mengelegak, masukkan isi ayam yg direbus dan disiat halus. Tuangkan susu full cream/ low fat, tambahkan pepper, apa2 herba yg ada kat rumah (mamadeena guna italian herbs sbb tu je yg ada kat rumah ehhe). Mamadeena letak gak bread crumbs. hehe. letak la air secukupnya k. sbb biasanya ia akan sgt likat. jgn lupa garam dan perasa hehe. kalau suke soup yg ada color boleh letak kicap skit ekeke. serius x kacau rasa pun sbb ltk x sampai sesudu pun. ok mamadena masak mmg main campak2 je, maybe salah step tp sbb dapur mamadeena so tak ikut peraturan hehe.

Papadeena suh mamadeena buat mushroom soup utk father in law. tp mamadeena tak nak sbb kat rumah dia ada chef hotel. hahaha. harus lawan tokey? takmo lah.. :p

Dulu mamadeena pernah buat lebih kurang macam ni jugak tp letak sikit mushroom soup segera utk perasa, ntah ape2 je hehe. mamadeena prefer ltk perasa skit sbb kita lebih tau sukatan perasa yg kita consume. hehe. dan yg plg penting, kesederhanaan.

Love,
mamadeena

Tuesday, December 6, 2011

Apa itu "thrush in breastfeeding"

Mamadeena dah tak pam susu kat office.
Semalam mamadeena cuti.
Nonton movie dgn papabear.
Seharian keluar pun tak pam susu.
Sebab mamadeena trauma bila perah sakit.
(menyusu adeena pun sakit).

Kat office hari ni pun tak pam susu.
Tak bawa apa2 gadget mengepam, mahupun icepacks.
Sesampai di ofis, kawan tegur, "hai, belenggang kangkung nmpk, hadbag aje?".
Dalam hati sedih tp mamadeena tau ini yg terbaik.
Mamadeena lupa sejarah boleh berulang.
baju ammadeena basah lagi.
terus perah susu manual
sanggup. sayang tgk membasahi baju begitu sahaja.
membasahi baju, membasahi pipi. (ok tipu mamadeena x nangis pun haha)

mamadeena ada jumpa dr hari tu, tp doctor tak cakap apa2 sgt.
Doctor bagi cream, yg bertulis CANDID. What the??? Candida ke? knp tak tulis betul2.
bersama antibiotic.
Mamadeena tak pakai cream sbb takut cuci tak bersih nnt adeena termakan, sbb cream tu beracun n bila cuci susah nk ilang. antibiotics pun x habis huhuhuhuhu... mamadeena hanya pakai cocoa butter.
infeksi beransur baik.

tp masalah 'cracked nipple' muncul di bahagian lain.
Dugaan kan..
mamadeena jadi peminat Mr Google yg setia lunch hour hari ni.
disebabkan doctor x ckp ape2, mamadeena pandai2 je lah cari.
dan jumpa ini.

mamadeena akan jumpa doctor lain ptg ni.
tp mamadeena rasa masalah mamadeena dtg dari ini.
Sebab simptom2nya semua sama.
  • Itchy, pink, red, shiny, or burning nipples (may be cracked) (Note that pink, tender nipples can also be a sign of a bacterial infection, or dermatitis, which should be diagnosed and treated by a dermatologist.)
  • deep, shooting breast pain during or after feedings"
dan menyusukan adeena juga menyakitkan.
Breastfeeding isnt suppose to hurt right. kalau sakit tu sure ada masalah spt bayi melekap tidak betul, bayi ada tongue-tied, posisi penyusuan tidak betul, dan sebagainyer..
mamadeena kena cek adeena da tak fungal infection dlm mulut dia, baru tau tepat ke tak kot??kalau takde yeast infeection, ibu x kan dpt thrust ke?? huhu..

Mamadeena baru terbaca ni kat sini

"If you have thrush, be aware of the relationship between thrush and breastfeeding. If you have a yeast infection in your nipples, your baby will have it too, even if you see no symptoms. Your baby may be unsettled, and you should seek treatment, but it is not a serious condition."

Siapa yg ada experience ttg ni eh? kalau ada, harap leh tinggalkan komen...

Info for the day..
Love,
Mamadeena

Thursday, December 1, 2011

Kenapa duit dalam akaun tiba2 ada extra??

Tadi log in cimb.
Tengok ada extra rm240. pelik.
rasanya baru je draw rm200 smlm spptnye makin menyusut, tp kenapa x berubah.
fikir punya fikir.. rasanya dapat claim company utk pneumococal vaccine adeena hari tu kot.
Mamadeena surprised.
Sebab ktorg fikir vaccine camni tak leh claim dan dpt full.
Hari tu call admin, dorang kata maybe dpt claim separuh je.
tp tgk2 ada amaun 241, tak salah lagi lah , dpt full claim.
nasib baik mamadeena claim jugak walaupun dorang kata maybe dpt claim separuh je..
Best gilak! hehe

ps:in the future kena rajin2 claim wpun singgit haha.

It's irony labels for this post happy, kerja, duit. HAH! dpt duit happy/happy kerja? LOL

Sign that mamadeena may need a break.



When You Write a Blog Post Called Sign That You May Need a Break...









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...