Showing posts with label adeena. Show all posts
Showing posts with label adeena. Show all posts

Monday, January 9, 2012

Sayang, mungkin sampai di sini sahaja:)

This is gonna be a long entry:)

Mamadeena tak pernah cerita pasal sejarah tentang ini dari awal.
Teringin nak mengimbau kenangan kah3 -_-
Mungkin dah sampai ke penghujung jadi mungkin relevanlah nk citer kan :p

Dulu masa preggie selalu tgk2 blog orang.
Lompat blog sana lompat sini.
Bukan satu niat yg terlalu besar tp ada perasaan untuk breastfeed adeena lepas bersalin nanti.
Pada masa yg sama masa hampir bersalin, beli juga susu utk adeena. Standby kot.
Alat mengepam tak beli sebab rasa tak perlu. Tengok kwn2 beli, terus terfikir, eh belum bersalin dah nak bli ke? Tapi sebenarnya mmg langsung tak rugi pun nk beli sbb baru tau fakta susu mesti ada. dan walaupun mahal, insya Allah leh guna lama sampai anak no.5 (tu kalau sampai 5 lah:)). Tapi masa tu mamadeena tak tau apa2. Ayat kasarnya, apa pun tak tau. haha.1st time mother remember? Tak boleh salahkan mamadeena sobs :)

Selepas selamat melahirkan Nur Khaleesa Adeena Bt Mansur, proses stitching ambil masa yg agak lama. mungkin kurang sejam sbb Doc kata daging mamadeena halus (fragile katanya) so tak boleh dibius. >.<
Dan sewaktu nk menyusukan adeena, susu tak keluar. maybe sbb lmbt menyusukan dia, tertekan sbb proses jahit yg lama, tertekan nk bg dia minum, jadi sudahnya mestilah negatif kan.
Si kecil tidur. Sekali sekala dia menangis. Setiap kali mamadeena cuba bf, tp terasa seperti tidak menyusukan, akhirnya dia tidur hingga ke malam.
Pada bhgn malam, mamadeena dah ada kat rumah.
Syukur ada makcik dtg untuk urut susu.
Selepas makcik Normah mengurut, Alhamdulillah colostrum keluar.
Gembira takde perkataan.
So kami pun suap kat bibir adeena. Selesai mengurut mamadeena pun bf adeena.
Keesokan harinya pun kak Normah mengurut kali ke-2, kata dia alhamdulillah susu dah makin banyak.
1st time mother ni dengar kosong je, sbb dalam hati rasa macam ye ke banyak?
Walaupun bf adeena sll ada perasaan adeena tak cukup susu.

masa tu tak tau yg perut baby sebesar guli je masa baru2 lahir.

Nak dijadikan cerita hobi adeena bukan tidur tapi menangis.
Berlarutan sampai bbrp bulan (sampai 9 bln kot? Tp dlm ms tu semakin hari semakin improve)
Waktu tidur mamadeena dan papadeena sgt tak teratur.
Sebelah malam pernah tidur 2 jam je (take turns) sbb kerja adeena malalak je kalau tak tidur.
Dalam tempoh pantang dugaan mmg terlalu hebat sbbnya ada yg kata adeena tak kenyang sbb tu asyik nangis.
Sob3.. sedih tau sbb tak tau mcm mana nk terangkan yg susu cukup (walaupun dlm hati tak yakin jugak)
Tapi mamadeena teruskan jugak exclusively sampai 6 bln dan selepas 6 bln, setahun. Alhamdulillah syukur. Pernah a few times bg susu tepung juga ms dlm pantang, tu pun sbb nenek adeena suruh. Mamadeena akur je, tgk2 minum susu byk pun adeena kuat menangis jugak.
Kesimpulannya budak menangis bkn sbb x cukup susu je tp byk sbb lain.
Dan alkisah adeena ni kuat kembung (colicky baby). Buat lah ape saje, sapu minyak bagai, dia tetaplah bersama dgn menangis.
Menangis adalah adeena, adeena adalah menangis. Hehe.
Driving force mamadeena hanyalah berat badan adeena dan kesihatan adeena dlm masa 6 bln tu. Kenaikan berat badan ok, kesihatan pun ok, jd mamadeena pun ok. Berat bdn adeena tak naik mencanak2 tapi peningkatan tu yg penting kan. Pernah berat bdn adeena naik sikit je. Sampai google range berat brp setiap bulan. Tengok dia masuk range berat tu, so fikir ok je lah ( haha padahal google bkn leh dipercayai pun website2 tu kot, I mean ntah betul ntah tidak) hahaha.. tapi tak pelah betul atau tak, keringkan hati je apa org kata.

Oh ye, lupa nk ckp mamadeena tak bekerja sampai umur adeena 11 bln jadi kat rumah directfeeding je. Kalau mamadeena g campus, mamadeena akan pam susu. Mamadeena bli pam susu Spectra3 masa dalam tempoh pantang. Tadi ternampak plastic storage suri kat sini. Menariknya kan, tak perlu basuh botol storage. Harga pun menarik. Hehe mungkin sesuai kalau terlalu bz atau tgh travel, kursus dsbnya. Makin lama makin maju. Makin lama makin murah tak gadget2 & kelengkapan penyusuan? Haha tunggu 10-20tahun akan dtg kot. (nak yg mahal2 je mmg la x mampu hahahahaha).



Sewaktu mula2 bekerja production susu sedikit drop, tak tau kenapa.
Masa tu macam2 cuba, power pumping, supplement, mknn utk tmbh susu (tp x try semua pun) semata2 untuk kekalkan production.
Genap setahun adeena dijangkiti pneumococcal selepas mamadeena sebulan bekerja dan adeena tinggal di nursery. Pasal tu mamadeena dah pernah cerita secara tak langsung, tapi xde specific post ms adeena kat hospital :)mamadeena ulang citer psl pnemococal sbb ms tu la adeena jd meng-kurus , muntah2 dan x nak mkn langsung.
Dr suruh top up susu utk mempercepatkan adeena kembali kpd asal kot (x tau la betul tak reason ni), tp once dah kembali ke asal, x perlu pun susu tu kot.
Sebulan sekali beli susu yg doc suggest. Dlm 3-4x jugak bli susu tu. Bile rasa susu tu mak aih manis siot, lemak berkrim, macam susu org dewasa. Saiz scoop sgt besar pttla lemak berkrim. Hehe.
Ok enuf about that (melalut dah mamadeena ni).
Perenggan ni bertujuan utk menceritakan adeena dah minum susu tepung selepas setahun ekekke..

Sampai satu tahap mamadeena mengepam kat office, nip luka padahal pam susu mcm biasa je.
Tapi lepas 2-3 hari dah ok balik
Dan yg terbaru November lalu luka lagi tp keadaan teruk dan berlarutan. tahan sakit je bila bf adeena...
Selalu jumpa Dr Rohani poliklinik Az-zahrah, mulanya dia bg ubat biasa, bila dah berlarutan lebih sebulan Doc terkejut mamadeena dtg lg rabu lepas sbb ada nanah, yes nanah. Dia terkejut sbb masalh tak baik2 dan ragu betul ke nanah. Mamadeena kata yg mamadeena igt normal je sblum ada nanah tu sbb ada gak ibu yg kata ada masalah mcm ni, tp dr Rohani kata tak normal. Sllnya sekejap je lps ambil ubat akan baik, ni dah lama sgt. Dan ia bukan thrush spt yg mamadeena pernah ckp.

Dr ROhani bg antibiotic penicillin dan brp ubat lain. Perlu dihabiskan dlm 5 hari.
Dan dlm 5 hari ni mamadeena dah x direct feed adeena.
Mungkin boleh dikatakan macam weaning off…

Suka Dr rohani sbb dia doctor biasa yg bf anak2 dia. anak pertama dia kata dia gagal. Tapi 3 anak seterusnya dia berjaya sampai 3 thn pun ada. (seingat mamadeena la, maaf kalau silap ye dr). masa mamadeena cerita yg mungkin dpt bf adeena setahun lebih je, Dr rohani kata yg mamadeena bertuah sbb dah sejauh ni. My eyes nak watery2 masa tu sbb terharu. Cis poyo je. Dr kata tak ramai ibu2 yg dpt bf pun anak 1st mereka. Sllnya anak seterusnya akan lebih baik dry g 1st. oo macam tu ye.. terus tersedar ape yg dr ckp tu betul. Dan kesimpulannya bersyukur kan:)


Mamadeena dulu berniat unutk menyusukan adeena sampai 2 thn tp kalau tak de rezeki spt adeena yg tak nak, atau adeena ada adik (contoh) mamadeena redha setakat mana boleh bf adeena. Tp tak terfikir stop bf sbb ni. Kite tak tau kan plan yg Allah dah buat utk kite. Jd jd bila jadi macam ni mamadeena mmg kena redha sbb mmg inilah dia reason utk stop bf right? Hehe. Dan bila ia sudah memudaratkan si ibu, maka ia perlulah dihentikan. Utk sayang org lain, kena sayangi diri sendiri dulu kan.


Beli peria kat jusco. ee pahit.

Minggu lepas mamadeena dan papadeena beli peria dan halia sbb ms tu baru ambil antibiotic dan nk luka cpt baik jd nk stop dr bf adeena dan nak perah dan bg dlm botol. Mmadeena sapu peria kat nip dan bg adeena minum nip yg tak luka, tp dia nyonyot cam biasa je.. ekeke. Adeena tak mengamuk pulak tp susu bahagin nip tu mmg dah x byk jd adeena mmg x dpt ldr (i mean sejak mslh luka, yg bhgn susu sikit tu lmbt skit ldrnya), so bila mamadeena withdraw nip (dia ngamuk kejap)and feed dia dgn bottle, dia minum tak tolak pun bottle tu. Aik?? Senangnye kalau camni? Hehe.
 Dah hampir seminggu x direct bf adeena, bg dia bottle feeding je, susu perahan/ susu tepung, ada lah drama2 sikit, tp tahan je , kdg dia ok kdg dia baring posisi nk nyusu sblh kite, tp dia x selak baju mamadeena so mcm ok kot.

Nipple dah makin baik, rasa je nk bg dia minum tp susu pun maybe dah x byk sgt macam sebelum ni. Berbelah bg jugak nk sambung balik sbb takut luka berulang lagi. Dah la mamadeena tak pasti knp mslh luka tu terjadi. Menjadi misteri..

Sekali sekala mamadeena akan teringat masa bf adeena dulu.
Rindu. Rindu sangat. Emosional skejap.
Tapi mamadeena akan lupa skit demi sedikit.
Dan mamadeena percaya adeena yg masih kecil juga akan lupa.
Bezanya adeena akan lupa terus.  (hehe)



Tuesday, November 8, 2011

Bila bayi biasanya mula berjalan. ini bukan post ttg Adeena haha #2

Post kali ni mamadeena nk ckp psl development adeena dan sedikit informasi tentang " Bila bayi biasanya mula berjalan".

Mulanya mamadeena rasa risau bila adeena lambat berjalan dan sepupunya yg kini berusia setahun sebulan sudah mula berjalan pada usianya 9 bulan. sengat cpt kan??! pada usia tu adeena merangkak je.

dan lama kelamaan mamadeeena muhasabah diri LOL muhasabah diri ok
bahawa apa yg berlaku semuanya Allah yang ciptakan
dan bila fahami konsep ini dalam2
mamadeena jadi tak risau lagi
dan " just go with the flow"
dan plg penting bersyukurlah

dan bergerak dgn ilmu
kita akan rasa lebih yakin

dan baru minggu lepas mamadeena terbaca info di sini berkenaan
"when babies usually walk"
tu pun sbb adeena baru2 je melangkah setapak dua..
hehe pd usia setahun 3 bln baru adeena nk blajar jalan.

ok apa2 yg mamadeena type ni macam terjemahan dr link kat atas je.
ada bayi yg berjalan awal dan bayi yg berjalan lebih lambat.
50% bayi berjalan pd usia setahun dan selebihnya dalam 9 bulan hingga 16 bulan.
Faktor2 yg mempengaruhi perkembangan bayi berjalan bergantung pd 3 faktor iaitu



  • kekuatan otot

  • keseimbangan

  • temperaments (cara berfikir, tatatertib, karakter bayi)

dan yg paling menarik hati mamadeena faktor ke-3 yg mempengaruhi perkembangan bayi berjalan yg plg utama skali. faktor ni dah buat mamadeena tahu kenapa adeena baru nak berjalan.

copy and paste :p

"Late walkers are more likely to be content to entertain themselves with seeing and fingering fun than with motor accomplishments. A late walker goes through the crawl-cruise-stand-walk sequence slowly and cautiously, calculating each step and progressing at his own comfortable rate. When he does finally walk, he walks well."


"The early walker, on the contrary, may be the impulsive, motor-driven baby who has raced through each motor milestone before parents could get their camera ready. While there is no definite profile of early walkers, they tend to be high-need babies who early on left the lap stage and squirmed out of infant seats. Body type may also affect the age of walking. Lean babies tend to walk earlier. Early and impulsive walkers are often more accident-prone than their more cautious walking mates. "


dan di sini mamadeena simpulkan bayi berjalan dalam range 16bln adalah normal. kalau lmbt sikit pun normal ok. mama2 di luar sana yg risau, jgn risau lg ye. setiap bayi adalah unik :)

dan dgn ini mamadeena declare 'honeymoon' mamadeena bakal berakhir. hrp2 adeena dah pandai jln pun dia behave, malas mamadeena nk kejar2 ni hehe.

oh ye. adeena dah jln byk langkah dah. tp dia pegang kain/ baju baru dia nk jalan. kalau x de kain, or barang, dia x pulak nk jalan. dia rasa selamat pegang barang ke?? so ktorg sll bg dia baru dan ckp kat dia dia stand up n walk *jd pompom parents cheer adeena utk jalan hahah* hehe.. xpe la adeena nk pegang barang sambil jalan, asal itu boleh latih adeena. hehe.

Aaaah so cute lah babies berjalan kan. terkedek2. ahha.







Thursday, November 3, 2011

Post ni bukan pasal adeena :p #1

haha lagi2 ckp psl adeena3..
maybe kena tukar tajuk blog jd nama anak kot..heheee
lepas post ni nk post psl baby lagi haha..yg akan dtg lebih berinformasi

skrg adeena dah minum susu byk
bdn pun makin nmpk kelemakannya berbanding sblum ni
tp knp mamadeena macam x happy (read: keresahan jiwa)
haha sbb takde stok yg byk
skrg dia minum 5botol x 4oz (ok la kan banding sebelum ni)
mmg bagus adeena minum susu yg fresh
(perah hari ni, bagi esok)
tp kalau dia minum byk, jd x cukup stok pulak
pasrah2..
takpelah adeena asalkan adeena minum susu
kalau tak, 2 botol x 3oz pun susah nk habis
makan pun tak nak (masa sakit)
berat badan menurun
BMI -ve

Sekarang mamadeena kena redha dan pasrah je tak dpt penuhi demand
sbb bila tension bekalan jd ciput
tp seciput mana pun x pernah putus semangat ni
jadual perahan macam biasa kat ofis+ di rumah(bila sempat)
dan tak pernah rasa nk berhenti sampai ia kering ok bebeh

kita cuba lg utk anak no 2. dgn izin-Nya
buat stok yg byk dr awal sampai kena beli deep freezer :p
best berangan.

Monday, October 31, 2011

post geram: perbezaan antara mengada dan manja

Dengan mama dia mengada
Dengan Nenda pun dia ngada
Dgn papa dia manja
kat taska dia la budak plg senang jaga, tak nangis langsung ok!
macam tak percaya
dorang tipu ke??
cam tak boleh caya si tecik tu tak nangis langsung


adeena2
hari demi hari pening kepala otak Mamadeena

kalau kat rumah manja sgt dgn papa
kalau papa marah bila adeena buat salah dia cari mama dia mintak peluk ke pe bagai
bila mamadeena marah (sj je gertak) dpn Nen, dia g kat Nen dia mintak dukung!
drama betol
geram

dgn mama & Nen
tukar lampin nangis, pakai baju nangis. (60% sllnya mmg nangis)

kdg2 nk basuh kencing berak pun nangis
nangis3..nangis mengada2, bkn kua air mata pon.

tp mamadeena dah sedaya upaya tak manjakan, sll hati kering je

dulu pnah pujuk tp papa tak bg, so mamadeena sll buat tak tau je kalau adeena mengada2

kalau banding dgn nenek, adeena lebih dimanjakan

tp dgn papa dia
ms tukar diaper
diam je
sapu minyak angin baik je
pakai baju sume
ok je
geram tak???

kat nursery tak nangis langsung
bila mamadeena nk letak dlm carseat balik dr nursery meraung tak nak duduk dlm carseat
sampai cikgu adeena kata
adeena nangis? (macam benda pelik tgk adeena nangis kot?)
mamadeena tanye cikgu kat nursery nanes tak
cikgu adeena kata kat nursery tak nangis pun
kalau pernah nangis pun sbb nk susu atau bersebab

geram tak?
tak faham betul.

ranking mengada adeena
1. Nenek
2. MAmadeena
3. Papa
4. Nursery

siap ada ranking mengada kan.
:p


Adeena dgn papa kesayangan,




org lain tak berpeluh, dia berpeluh2 basah kepala
Geram rs nk cubit pipi sampai merah.

Monday, October 24, 2011

pneumococcal vaccine for Adeena


Sabtu lepas bawa si kecik g kpj hosp utk injection pneumococcal
Sebenarnya dah lama nk bawa tp sebelum ni adeena tak sihat kan
bila dah bebetul sihat baru bawa dia g inject
Tanya Doc akan demam tak injection ni,
sbb dgr2 mmg akan ada kemungkinan utk demam
Doc kata selalunya budak tak demam
Mlmnye badan adeena panas
Seeloknya baik doc cakap bengantung pada antibodi budak dan boleh la parents adeena ni berjaga2 kan huhu..
tapi demam dia tak teruk sgt sbb ahad dia cam ok, tp pagi tadi naik skit suhu bdn dia. maybe tgh adjust dgn injected vaccine dan tak stabil lg. sbb tu demam dtg dan pergi.

ni gmbr sebelum demam. haih adeena2 sopan betul.


Injection ni bagus utk sape2 yg mmg hantar anak2 ke nursery
Boleh lindungi anak2 dari "deep pneumococcal infections" (khususnya septicemia and meningitis)
lagipun dulu adeena pernah kena pneumonia (lung infection) jadi vaksin ni mmg sgt perlu utk dia.
Anak2 yg dijaga homecare tak terdedah sgt dgn bakteria, kulat, parasit dan virus berbanding nursery jadi tak wajib sgt tp kalau nk ambil pun boleh. Double protection.
dan harga vaccine ni RM 241 (utk yg tak tau) , 1 dos, pd umur adeena
Bergantung pd umur budak tu, ada yg lebih dari satu dos, maybe itu utk under 1y.o.

Sekian info hari ini :)

Monday, October 10, 2011

Bila adeena selsema

Adeena selsema dan batuk lagi
tp kali ni mcm batuk kering
kesian dia bila batuk tidur tak lena

minggu lepas nenek tak jaga adeena sbb nenek bz
hari selasa je nenek jaga
sudahnya, hari jumaat dah nmpk symptom selsema

disebabkan adeena ada history lung infection
ktorg mmg cuak sgt kalau dia selsema n batuk
lalu ktorg pun bg ubt yg kpj bekalkan sebelum ni
tp lepas baca blog pn hanie (sy tak link lg kat sini tp sll mengendap blog ibu2 hehe)
rs cam x nk bg dia ubt kalau boleh ( mmg tau ubt tak bagus utk baby apetah lg ubt selsema yg kemengantukan)

dah bagi scotts emulsion utk adeena
rs x nk bg ubat huhu
kalau demam baru bagi. kan..

bila adeena ngantuk bila mkn ubt selsema ( dan kalau hari biasa kalau dia ngantuk pun)
dia akan tak nak makan (mkn pun skit je)
lapar camne pun, dia akn pilih nk tdo
dan tak senyum sgt kat org
muka tak de perasaan je

ok disebabkan sakit adeena maybe tak teruk sgt (kalau teruk tu maybe kalau batuk dia berleluasa),
mlm ni x nk bg apa2 ubat
rs mcm bersalah igt balik pg td bg dia mkn ubt
dan tau dia akan lalok satu hari kat nursery
(sebab ubat tu sgt melalokkan, effect dia sampai ptg)
rs bersalah sbb kite yg bg makan
tp bg mkn niat asal nk bg cpt baik sakit..
hingus meleleh je
tp budak2 mmg normal je selsema2 ni kan
cuma sbb dulu adeena pernha kena lung infection tu yg mama dia ni jd risau terlebih2

sian adeena kecik2 dah kena mkn ubt..

ntah2 ape2 kite type terabur2 je kan
excuse me. otak x brp nk center hari isnin ni:p

Monday, October 3, 2011

Adeena's diet

Links ku hilang
dan aku sgt lah pemalas utk mengembalikannya
kerna ia memerlukan kesabaran yg tinggi
dan setiap kali nk tgk blog kawan2, type manual je, mujur ada history link yg akan auto kua sendiri.
haha.
tak bangga
tp kesal sbb pemalas.

tadi terbaca ttg solid food Pn Ruwaida utk anaknya.
blog ni mmg aku suka baca
tp sbg silent reader je

Adeena dulu start makan pd usia 6 bulan.
sebelum 6 bln, alhamdulillah aku suri rumah jadi adeena minum fresh milk ibunya
masa tu selalu rasa dan terfikir cukup ke susu utk anakku ni sbb adeena kecil je,
maksudku, rangka dia kecil, tp dalam hati rasa macam dia berisi
ditambah pulak dgn mama kata adeena tak sebulat aku ms kecil (aku ms kecil mungkin kuat nangis dan ibuku mp 'oversupply milk' so aku nangis je mama sumbat susu hehe, sbb tu aku bagai di pam2, aku usia 2 bulan sm dgn adeena masa usia 5 bulan kot?)
ok berbalik pd ceritera asal
...jadi rs mcm cukup ke susu ni..
haha mmg ms tu paranoid yg membawa pd pathetic pun ada
tp aku diamkan aje
tp setiap kali ke rumah mertua mesti dorang kata adeena isi kental, tembam dan sebagainya
pelik juga
kontra di situ
fening akak di kala itu
tp biar jelah asalkan adeena sihat
dan ditakdirkan Allah ms tu adeena tak pernah demam atau sakit selama 6 bulan sejak lahir (lgpun adeena tak duduk nursery, homecare lebih selamat tak gitu..)
jadi hati tenang sikit
sll sedapkan hati
"tak pelah adeena kecil asalkan dia sihat"
terfikir kalau masa tu adeena sakit2 n makin mengecil, confirm lg stress fikir x cukup susu ke ape
biasa la ibu muda (muda la kot twenties kan hahha) yg pertama kali jadi ibu
banyak konflik bagai
:p


Adeena at 5 months~ 


ok dipendekkan cerita
adeena suka pada makanan
walaupun berbadan kecil tp mmg cili padi
hehe alhamdulillah sbb aku tau ada budak yg x berapa pd makanan
jd harus lah bersyukur sbb tak perlu bersilat nk paksa makan kan
kalau anak x suka makan, dan x sihat
kan ibu bapa yg risau terlebih2..

adeena dan makanan
pada awalnya aku berikan fruit puree kat adeena
lepas tu bubur nasi
lepas tu bubur+ ayam
kemudian bubur+ayam +sayur-sayuran
itu lah rentetan2nya
lepas tu br try bg ikan, ikanbilis dlm bubur adeena tp xtau kenapa adeena lebih suka ayam
tu ms sebelum setahun,
ikan bilis dia mknn gitu2 je
ikan pulak aku bg ms nk dekat2 setahun
begitu juga telur walaupun kuning telur dah boleh bagi lagi awal sbnrnya tp dia luah balik
skrg ni dia suke pada ikan pulak
sesungguhnya ape yg anak suke tu sllnya dipengaruhi oleh ape yg ibu bagi
tapi jgn tak tau ada juga budak yg dah diperkenalkan dgn sayur tp tak minat jugak (nk buat camne kan, kena kreatif di situ dan belek buku pa&ma tgk resepi buat sayur corak2 bagai hahah menarik gak kan)
sayur-sayuran pun sama
semoga adeena suka pada mknn berwarna hijau sampai besar
asalkan dia tak memilih bila bg sayur, tu aku dah bersyukur
setakat ni bg benda hijau, dia makan je.

dan setiap ibu ada cara pemberian mknn tersendiri
dan setiap cara itu tidak salah
asalkan mknn tu berkhasiat dan sesuai utk bayi anda



Adeena at 9months~


adeena di nursery
sesunggunya aku pening
tak tau nk sediakan mknn ape utk adeena kat nursery
sbb adeena dah boleh mknn nasi biasa
tp bila bg bubur biasa, lg byk kuantiti yg dia makan
sudahnya sampai sekarang aku blend sikit mknn dia cthnye ayam
gigi depan dah penuh tp mkn bubur lg haha
tak tau la betul ke tak aku ni
tp rsnya asalkan dia makan, ok kot?
lagipun kalau bukan kat nursery adeena mmg mkn je nasi biasa cz terliur tgk mak bapak dia makan
kdg2 lepas mkn bubur dia, dia dtg ngendeng kat nasi mama n papanye..

kdg2  weekend bg nasi dan lauk tak blend pun hehe
cuma rs mcm dia mkn lebih sedikit dan sudahnye dia nk meratah lauk je lebih lepas tak nk mkn nasi
pastu isap air dlm ikan tu pastu luah..
ape kes
baik le mama blend confirm tak luah..

kat nursery rs nk bg dia sup sayur
tp confirm akan basi kot bile 2nd meal (mungkin leh bg utk mkn waktu tghari je kot)
tak confident dgn org nursery
takut mknn adeena basi
so aku bg bubur ayam je
balik rumah baru variasikan
ok kot.. huhu

hari tu pernah tanya nursery budak lain baya adeena mkn ape?(ms tu adeena setahun ++) nursery sediakan tak?
dia kata baby lain minumsusu and biskut baby jek..
erk??
musykil sgt
baby lain x lapar ke, minum susu je
ataupun cikgu tu igt adeena belum setahun lebih ke? ( cz ada org igt adeena ni 6-7 bulan, sampai hati kan teka 6-7 bulan haha)
tak tau la. tak de jwpn utk soalan ini.
jadi sekarang setiap hari la mama adeena sediakn makanan adeena utk nursery
sllnya akan masak utk 4-5 hari dan frozenkan
itu kalau bubur
kalau nasi biasa (yg lembut) + lauk2 tu, rs x smpai hati ni frozen kan.
tak tau la knp.
dulu ms nmpk adeena dah leh mkn nasi biasa, hari2 masak sbb tak buat stock frozen pun.
skrg ni bg bubur nasi jd mmg  sll buat stock utk frozen kan.

sebenarnya
kalau baby2 lain kat nursery tu dah start makan
teringin nk tanya ape yg ibu2 mereka bekalkan dan bagaimana yg menyenangkan mereka utk mrk handle
tp hampeh
haha

ps: sekarang ni adeena gilir2 tinggal rumah nenek dan nursery sejak dia demam hari tu, sbb nk mengurangkan risiko dia sakit walaupun penyakit sentiasa ada di mana2.
kalau adeena tinggal kat rumah nenek, mama dia tak risau sgt, g kerja pun hati senang :)




Monday, September 12, 2011

taska

Di mana harus kumulakan kisah yg panjang ini? (peruntukan 15minit utk menaip:p )

mama Adeena mula bekerja 1 Jun.
Adeena, neneknya yg jaga selama sebulan.

1 Julai adeena masuk taska dekat rumah (sbb taska di pejabat dah penuh)
1st day dia ragam, lepas tu ok. mungkin belum biasa pd awlnya.
kat rumah, adeena payah tidur sendiri, kat rumah dia cari cik N kalau tdo malam..
kat rumah nenek, dia tdur buai. (kisah buai pun panjang, semooga tidak dipanjangkan)
kat nursery buai tak dibenarkan. (sedia maklum)
tapi nursery suruh bw bouncer.
bila kat nursery mama dia jd risau cukup ke adeena tdo.
risau dia ragam kalau cranky tidur terjaga.
tapi pengasuh dia kata dia ok.
pelik. sbb kalau kat rumah tdur x cukup, mula la dia buat perangai.

lepas bbrp minggu baru tau cerita.
mmg dia ok.
dorang letak je atas bouncer tp x bounce pun, bouncer statik je, dia akan tidur sendiri bila waktu tidur.
bagusnya camni.
itu kisah julai.
yg terbaru, Sept, pengasuh dia puji dia baik sgt kat taska, senang jaga, atr budak yg baik kot.
sukar dipercayai.
bukan bangga, tp kalau dah pernah jaga adeena ni baru tau belangnye hehe..

ranking manja dia paling atas dgn nenek, 2nd dgn mama dia, 3rd baru papa dia.
kat rumah tinggal kejap pun nangis( tp tinggal jugak, kalau x tak terbuat keje), kdg2 dia ok main sorang2, kdg2 dia akan nangis je carik kite kat dapur n sambung drama queen kat pintu dapur. tp kalau papa ade, dia duk dpn papa kat dpn, main mainan dia, mama leh tenang di dapur or buat keje rumah.

dan sejak masuk taska dia kerap sakit.
lung infection hari tu pun sbb ada budak lain yg sakit penyakit yg sama..
bbrp minggu lepas discharge hosp sakit balik (ms nk dekat raya)
lepas discharge nenek adeena kesian so offer jg dia sampai raya tp tak larat sbb adeena manja sgt dgn nenek, nenek x ter buat keje lain asik kena teman dia je (biasalah nenek2 x sampai hati tgk budak nangis) (sesetengah nenek)

kemudian hantar balik nursery, selsema n batuk n demam pulak. demam 2 hari, batuk n sesem berpanjangan sampai raya. dan sekarang sesema ada sikit lg x baik2. follow up check up kat KPJ hspital , paed bg ubat selsema yg lain.
alkisah.

taska adeena ok ke tak ok?
dari segi penjagaan ok kot..cuma risau dia asyik sakit..
selain dr suka pakaikan adeena minyak rambut (aku benci minyak rambut, cam budak busuk je)
tp tau dorang nk suro nmpk kemas kot sbb tu sume budak dipakaikannye minyak rambut
plus maybe sbb rambut adeena sikit, so pikir leh lebat kot
tp kite rasa pakai minyak liang sumbat ada la hahaha
kaum india, rambut mmg lebat, pakai la minyk sebotol pun tetap lebat(anugerah buat mrk)
ms adeena demam, pun nk pakaikan myk rambut, haruuuuuu, x ke lg panas kpala otak budak tu..tp kite dah tegur x yah pakaikan ms demam. skrg ni pun rs nk suro dorang x perlu pakaikan terus huhu..

Suka kalau ada dua org cikgu ni jaga adeena, cikgu fatimah n cikgu Ana. dorang jaga adeena mmg tiptop, siap pakaikan stokin  ms balik, selimut ms tidur, sapu minyak kat perut lepas mandi n diaper changing. ada penjaga baru ni, kite x dpt nk rank lg sbb budak muda, nmpk cam ok dgn adeena tp x setiptop cikgu senior tu.

ms adeena sakit nmpk adeena kurus, risau gak , adeena tak mkn ke, tp adeena mmg ms dia sakit dia x selera,
ni selsema dia makin ok, baru dia selera balik..
so abaikan aje yg tu..
adeena mmg jenis kecik, dia mkn byk time dia x sakit, tp tak gemuk2.

Adeena mmg elok tinggal kat nursery compre dgn pengasuh(cam nenek) sbb dia suke ramai orang, suke nk berkawan, kalau kena tinggal dgn cikgu kat taska pun dia ada kwn2 dia leh  main. sbb tu dia x meragam kat nursery. kalau ragam jugak tu ada lah keperluan dia yg tak dipenuhi.

ok lebih 20 minit hahaha








Wednesday, August 24, 2011

The eviction of my Adeena







Berikutan ada yang rs terganggu dan bg mengelak sebarang interpretasi yang pelbagai, kite telah edit balik post ni. diharap dpt mengurangkan spekulasi. sesunnguhnya tidak kusangka ada pembaca berfikir dgn mendalam.




Ok, cite ni memang basi, sy tau. tp sy nk jugak tulis.
Ala, baru je setahun, gamaknya kalau 10thn akan dtg maybe x igt details kan, ini pun cam ada lupa2 skit (sbb byk urat2ku putus ke? haha)

Alkisahnya kite ngendongkan baby selama 40 minggu.
jenuh la org bertanya bila nk bersalin, stress dibuatnya.
yang sabar jd tak sabar nk bersalin ok.
kite ni fulltime student merangkap suri rumah masa tu, jd hubby suh la duk rumah PIL sbb takut ape2 jadi kan, dia lak kerja shift.. so kite pun duduk la rumah PIL bbrp hari (tu pun lepas sesi takmo takmo duk rumah PIL hahaha).. ekeke plus office and hospital dekat dgn rumah PIL.

Masa 39 minggu 6 hari PIL ajak g carefour untuk jalan2 spy senang bersalin ( urghh sgt2 reluctant ) sbbnya rs cam agak tertekan bila ramai org kata sbb surirumah duk rumah je sbb tu baby lmbt keluar wpun dah engage lama dah.. blerghh..tp layankan ajer.. walaupun i ni rebellious, i sgt la sopan dgn PIL kan:p. Lepas jln2, PIL belanja mkn steambot pulak denkat ampang.. kat restoran sri tanjong ke dah x igt da tp JJCM pernah g situ.. (see 1 urat putus haha).. Memang sedap ( suke sos2 dia sedap2, byk choices).. tp mkn x byk pun sbb sibuk masak2kan bendalah2 tu dlm tmpt masak tu.. haha.. tp kite x mkn byk pun x pe, cz perut ketat ye.. almaklumlah baby amek tmpt.

Ms 40 minggu stay rumah sendiri cz hubby x keje shift, so mlm hubby ada kat rumah.. masa tu mmg rs cam hrp2 la baby ok, sll je count her movements dlm perut..siang tu g klinik, nurse suh keep track of the movements n cpt2 g klinik kalau rs lain..nurse bg a week kot ms tu.. Malam tu tidur je cam biasa. Lepastu kite pun tidur la dgn nyenyaknye.. Pukul 3 am terjaga, rs sakit perut, tp mild je la.. rasa cam memulas nk cherry berry tp sgt2 mild je and it stops, so i pun tidur balik hahaha.. boleh tak tidur balik?? mmg tak rs cam sakit nk bersalin and takde instinct itu contraction pun, sbb rs cam pernah rs je sakit cam tu ms tdur, tp x de ape pun.

Lepas tu, pukul 5 lebih terjaga lagi. Kali ni bila terjaga je rs sakit perut. ok rs sakit kali ni, mmg terus terpancar lah signal, aku akan bersalin.. terus ala2 terlompat dr katil. ok over kan, x terlompat la, camne nk lompat hubby kat sebelah, sblh lg dinding. kite turun katil n duduk berteleku tepi katil sambil tahan sakit. bila cek water bag leak, kite pandang air kat tangan and kejut huubby.. siap tanye dia "abg ni air ketuban ke eh?", hubby mamai2 tengok tangan and confidante je kata " eh air ketuban la tu".. .. ok skrg i tau kenapa org leh confuse tu air ketuban ke tak..

ok, back to the story, hubby g toilet. kite bgn dr tmpt melutut tepi katil tadi n nmpk air ketuban+darah kat lantai. nice. betullah nk bersalin ni. mata pandang jam loceng hubby kaler striking pink timing contraction. EH asal setiap 3 minit, setiap 2 minit, stiap 5 minit.. tak konsisten tp mmg selang bbrp minit. rs cam bukan ke yg sll baca kat blog org jarak contraction jauh2 dulu ke muahahaha.. ntah ape2..

sementara tgu hbby dlm toilet, boleh lg pk nk pakai baju ape hahaha, grab la baju maternity n pakai skirt.. teringat kisah aina tarik kain pelikat suami dia ms nk kua rumah sbb waterbag dah pop. so kena la take note, jgn pakai kain pelikat ok. haha. lepas tu terfikir yg kite kena makan utk tenaga. x tau nk mkn ape, teringat bun sardin dalm beg, and pati ayam brands. maka akak pun menutup lah idung ini (masak air dulu rendam dlm air bg suam cz lg rs x leh blah akak minum pati tu suhu bilik ) haha drama betol. dah agak2 suam, maka telan la pati ayam tu. Dalam kete kite telan la roti tu, tp disebabkan contaction yg selang bbrp minit tu, mmg sgt2 x lalu nk mkn ye.. rs cam appetite terus lost, sgt2 x nk mkn kalau leh, appetite zero. tp try telan jugak. oh ye ms tu pukul 5.50am rasanya ms gerak g hospital. tangan type sms kat mama " Ma., atie dah nk bersalin, otg g hospital." mama kata ms bc sms tu dia igt kite mmg dah nk bersalin, tp kite x tau pun kite dah nk bersalin ke blom cz x pnah rs kan.. main type je.








Mujur ms tu subuh ye, so hubby pecut cantik je...hehe..Hubby singgah rumah PIL, kunun2 nak amek bekal nasi, kununnya utk tenaga nk push nnt.. muahaha.. lawak. ms tunggu tu rs cam lama sgt, ye la tgh tahan sakit, maybe tgu bbrp minit je, tp i rs cam berkurun, last2 ckp kat hubby "abg x yah la bw bekal, rs cam nk bersalin sgt dah ni..". terus hubby menurut masuk kete n shoot g hospt. and siap langgar 2 lampu trafic lite. rsnya amek ms 15 minit kot dari rumah kami tadi.

Sampai2 kat hospital pukul 6 lebih, maybe 6.20, kena register bagai, tgu hubby park kete tp i tgu dia kat wheelchair. punye la lama ok! rupanya lepas2 tu baru tau hubby kata dia lama sbb x tau nk bw bag beju i skali ke bag baju baby je, 2, 3x dia patah balik..waduh2.. kite ni dah nk terbersalin..boleh pulak dia tak pasti cenggitu..

Smpai kat wad bersalin kul 6.40++, nurse cek bukaan dah 6cm ye.. hmm patutlaa sakit semacam je..mungkin yg terjaga tidur kat rumah tu contraction dari 3 ke 4 cm kot hehe . pandai je. kul 7am, 8 cm.

Masa contraction tu, tak perlu ckp lah.. tak tergambar dgn kata2 di sini. so x perlu ulas panjang. hubby kat sebelah, genggam je tgn dia ble contraction. bila dah 8 cm tu mmg perasaan nak push tu mmg ada, tp nurse kata xleh lg.. waduh2.. bila dah 9cm tu baru la nurse kata nk push skit2 boleh tp jgn push mengejut. aih cam la aku ada pengalaman push2 ni nk suh push skit push byk.. klaka pun ada bila igt balik..

dan stlh bbrp kali push dan episotomi (erk...),kul 7.20am keluarlah si kecilku dengan berat 2.70kg pada 28.07.2010. semua angka 7, birthday kite lah 25.7. nak gak dia lahir 25.7 tapi tak ditakdirkan :).. lil adeena kurus dan panjang, tp skrg ni nmpk cam x brp panjang. confuse. hehe.

Dengan keluarnya si kecil, selebihnya tinggal sejarah. part jahit2, cek jahitan, x yah la nk story .. haha cz to me bahagian tu la yg paling tak nak diingati. contraction lg ok n amek masa sekejap dari later part -_-"

dan selepas semua sudah, teringat ayah mertua sll pesan jgn duk rumah sorang2 ms tgu nk bersalin, bahaya.. kite fikir laa kalau nk bersalin bkn itu jam terus bersalin, amek masa gak kan.. tp rupanya in my case, tidak.. oh think again.. mmg sgt bahaya.. buat la kalau terbersalin dlm kete ke, dlm traffic jam ke, kat rumah sorang2 ke.. huhu..

dan bermulalah episod seorang ibu dan ayah yang pertama kali menjadi ibu dan bapa..






Thursday, April 28, 2011

nine months old adeena





Happy 9 months old dear syg..






Adeenaku yg kuat makan segala-galanya tp x gila sgt minum susu... tp apa2 pun... Alhamdulillah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...