Monday, January 9, 2012

Sayang, mungkin sampai di sini sahaja:)

This is gonna be a long entry:)

Mamadeena tak pernah cerita pasal sejarah tentang ini dari awal.
Teringin nak mengimbau kenangan kah3 -_-
Mungkin dah sampai ke penghujung jadi mungkin relevanlah nk citer kan :p

Dulu masa preggie selalu tgk2 blog orang.
Lompat blog sana lompat sini.
Bukan satu niat yg terlalu besar tp ada perasaan untuk breastfeed adeena lepas bersalin nanti.
Pada masa yg sama masa hampir bersalin, beli juga susu utk adeena. Standby kot.
Alat mengepam tak beli sebab rasa tak perlu. Tengok kwn2 beli, terus terfikir, eh belum bersalin dah nak bli ke? Tapi sebenarnya mmg langsung tak rugi pun nk beli sbb baru tau fakta susu mesti ada. dan walaupun mahal, insya Allah leh guna lama sampai anak no.5 (tu kalau sampai 5 lah:)). Tapi masa tu mamadeena tak tau apa2. Ayat kasarnya, apa pun tak tau. haha.1st time mother remember? Tak boleh salahkan mamadeena sobs :)

Selepas selamat melahirkan Nur Khaleesa Adeena Bt Mansur, proses stitching ambil masa yg agak lama. mungkin kurang sejam sbb Doc kata daging mamadeena halus (fragile katanya) so tak boleh dibius. >.<
Dan sewaktu nk menyusukan adeena, susu tak keluar. maybe sbb lmbt menyusukan dia, tertekan sbb proses jahit yg lama, tertekan nk bg dia minum, jadi sudahnya mestilah negatif kan.
Si kecil tidur. Sekali sekala dia menangis. Setiap kali mamadeena cuba bf, tp terasa seperti tidak menyusukan, akhirnya dia tidur hingga ke malam.
Pada bhgn malam, mamadeena dah ada kat rumah.
Syukur ada makcik dtg untuk urut susu.
Selepas makcik Normah mengurut, Alhamdulillah colostrum keluar.
Gembira takde perkataan.
So kami pun suap kat bibir adeena. Selesai mengurut mamadeena pun bf adeena.
Keesokan harinya pun kak Normah mengurut kali ke-2, kata dia alhamdulillah susu dah makin banyak.
1st time mother ni dengar kosong je, sbb dalam hati rasa macam ye ke banyak?
Walaupun bf adeena sll ada perasaan adeena tak cukup susu.

masa tu tak tau yg perut baby sebesar guli je masa baru2 lahir.

Nak dijadikan cerita hobi adeena bukan tidur tapi menangis.
Berlarutan sampai bbrp bulan (sampai 9 bln kot? Tp dlm ms tu semakin hari semakin improve)
Waktu tidur mamadeena dan papadeena sgt tak teratur.
Sebelah malam pernah tidur 2 jam je (take turns) sbb kerja adeena malalak je kalau tak tidur.
Dalam tempoh pantang dugaan mmg terlalu hebat sbbnya ada yg kata adeena tak kenyang sbb tu asyik nangis.
Sob3.. sedih tau sbb tak tau mcm mana nk terangkan yg susu cukup (walaupun dlm hati tak yakin jugak)
Tapi mamadeena teruskan jugak exclusively sampai 6 bln dan selepas 6 bln, setahun. Alhamdulillah syukur. Pernah a few times bg susu tepung juga ms dlm pantang, tu pun sbb nenek adeena suruh. Mamadeena akur je, tgk2 minum susu byk pun adeena kuat menangis jugak.
Kesimpulannya budak menangis bkn sbb x cukup susu je tp byk sbb lain.
Dan alkisah adeena ni kuat kembung (colicky baby). Buat lah ape saje, sapu minyak bagai, dia tetaplah bersama dgn menangis.
Menangis adalah adeena, adeena adalah menangis. Hehe.
Driving force mamadeena hanyalah berat badan adeena dan kesihatan adeena dlm masa 6 bln tu. Kenaikan berat badan ok, kesihatan pun ok, jd mamadeena pun ok. Berat bdn adeena tak naik mencanak2 tapi peningkatan tu yg penting kan. Pernah berat bdn adeena naik sikit je. Sampai google range berat brp setiap bulan. Tengok dia masuk range berat tu, so fikir ok je lah ( haha padahal google bkn leh dipercayai pun website2 tu kot, I mean ntah betul ntah tidak) hahaha.. tapi tak pelah betul atau tak, keringkan hati je apa org kata.

Oh ye, lupa nk ckp mamadeena tak bekerja sampai umur adeena 11 bln jadi kat rumah directfeeding je. Kalau mamadeena g campus, mamadeena akan pam susu. Mamadeena bli pam susu Spectra3 masa dalam tempoh pantang. Tadi ternampak plastic storage suri kat sini. Menariknya kan, tak perlu basuh botol storage. Harga pun menarik. Hehe mungkin sesuai kalau terlalu bz atau tgh travel, kursus dsbnya. Makin lama makin maju. Makin lama makin murah tak gadget2 & kelengkapan penyusuan? Haha tunggu 10-20tahun akan dtg kot. (nak yg mahal2 je mmg la x mampu hahahahaha).



Sewaktu mula2 bekerja production susu sedikit drop, tak tau kenapa.
Masa tu macam2 cuba, power pumping, supplement, mknn utk tmbh susu (tp x try semua pun) semata2 untuk kekalkan production.
Genap setahun adeena dijangkiti pneumococcal selepas mamadeena sebulan bekerja dan adeena tinggal di nursery. Pasal tu mamadeena dah pernah cerita secara tak langsung, tapi xde specific post ms adeena kat hospital :)mamadeena ulang citer psl pnemococal sbb ms tu la adeena jd meng-kurus , muntah2 dan x nak mkn langsung.
Dr suruh top up susu utk mempercepatkan adeena kembali kpd asal kot (x tau la betul tak reason ni), tp once dah kembali ke asal, x perlu pun susu tu kot.
Sebulan sekali beli susu yg doc suggest. Dlm 3-4x jugak bli susu tu. Bile rasa susu tu mak aih manis siot, lemak berkrim, macam susu org dewasa. Saiz scoop sgt besar pttla lemak berkrim. Hehe.
Ok enuf about that (melalut dah mamadeena ni).
Perenggan ni bertujuan utk menceritakan adeena dah minum susu tepung selepas setahun ekekke..

Sampai satu tahap mamadeena mengepam kat office, nip luka padahal pam susu mcm biasa je.
Tapi lepas 2-3 hari dah ok balik
Dan yg terbaru November lalu luka lagi tp keadaan teruk dan berlarutan. tahan sakit je bila bf adeena...
Selalu jumpa Dr Rohani poliklinik Az-zahrah, mulanya dia bg ubat biasa, bila dah berlarutan lebih sebulan Doc terkejut mamadeena dtg lg rabu lepas sbb ada nanah, yes nanah. Dia terkejut sbb masalh tak baik2 dan ragu betul ke nanah. Mamadeena kata yg mamadeena igt normal je sblum ada nanah tu sbb ada gak ibu yg kata ada masalah mcm ni, tp dr Rohani kata tak normal. Sllnya sekejap je lps ambil ubat akan baik, ni dah lama sgt. Dan ia bukan thrush spt yg mamadeena pernah ckp.

Dr ROhani bg antibiotic penicillin dan brp ubat lain. Perlu dihabiskan dlm 5 hari.
Dan dlm 5 hari ni mamadeena dah x direct feed adeena.
Mungkin boleh dikatakan macam weaning off…

Suka Dr rohani sbb dia doctor biasa yg bf anak2 dia. anak pertama dia kata dia gagal. Tapi 3 anak seterusnya dia berjaya sampai 3 thn pun ada. (seingat mamadeena la, maaf kalau silap ye dr). masa mamadeena cerita yg mungkin dpt bf adeena setahun lebih je, Dr rohani kata yg mamadeena bertuah sbb dah sejauh ni. My eyes nak watery2 masa tu sbb terharu. Cis poyo je. Dr kata tak ramai ibu2 yg dpt bf pun anak 1st mereka. Sllnya anak seterusnya akan lebih baik dry g 1st. oo macam tu ye.. terus tersedar ape yg dr ckp tu betul. Dan kesimpulannya bersyukur kan:)


Mamadeena dulu berniat unutk menyusukan adeena sampai 2 thn tp kalau tak de rezeki spt adeena yg tak nak, atau adeena ada adik (contoh) mamadeena redha setakat mana boleh bf adeena. Tp tak terfikir stop bf sbb ni. Kite tak tau kan plan yg Allah dah buat utk kite. Jd jd bila jadi macam ni mamadeena mmg kena redha sbb mmg inilah dia reason utk stop bf right? Hehe. Dan bila ia sudah memudaratkan si ibu, maka ia perlulah dihentikan. Utk sayang org lain, kena sayangi diri sendiri dulu kan.


Beli peria kat jusco. ee pahit.

Minggu lepas mamadeena dan papadeena beli peria dan halia sbb ms tu baru ambil antibiotic dan nk luka cpt baik jd nk stop dr bf adeena dan nak perah dan bg dlm botol. Mmadeena sapu peria kat nip dan bg adeena minum nip yg tak luka, tp dia nyonyot cam biasa je.. ekeke. Adeena tak mengamuk pulak tp susu bahagin nip tu mmg dah x byk jd adeena mmg x dpt ldr (i mean sejak mslh luka, yg bhgn susu sikit tu lmbt skit ldrnya), so bila mamadeena withdraw nip (dia ngamuk kejap)and feed dia dgn bottle, dia minum tak tolak pun bottle tu. Aik?? Senangnye kalau camni? Hehe.
 Dah hampir seminggu x direct bf adeena, bg dia bottle feeding je, susu perahan/ susu tepung, ada lah drama2 sikit, tp tahan je , kdg dia ok kdg dia baring posisi nk nyusu sblh kite, tp dia x selak baju mamadeena so mcm ok kot.

Nipple dah makin baik, rasa je nk bg dia minum tp susu pun maybe dah x byk sgt macam sebelum ni. Berbelah bg jugak nk sambung balik sbb takut luka berulang lagi. Dah la mamadeena tak pasti knp mslh luka tu terjadi. Menjadi misteri..

Sekali sekala mamadeena akan teringat masa bf adeena dulu.
Rindu. Rindu sangat. Emosional skejap.
Tapi mamadeena akan lupa skit demi sedikit.
Dan mamadeena percaya adeena yg masih kecil juga akan lupa.
Bezanya adeena akan lupa terus.  (hehe)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...