Monday, September 26, 2011

Tunggu rajin

Hi all
wajah baru blog ni
tak sempat lg nk tukar font
sebab malas gila nk edit
sakit mata gak font kecil mcm ni kan
agak tak reti nk edit tp akan kuusahakan
links kengkawan pun dah ilang
penyakit M datang
bila nk edit balik ni?
Tunggu rajin.

Friday, September 23, 2011

pak guard ramah yang menyeramkan aku

Isnin lepas ada pak guard baru yg bertugas kat bhgn pilot plant ni
hari isnin hari tu dia tegur tanya aku pilot plant kat sblh tu buat amende
aku ckp xtau sbb tak terlibat dgn bgnn tu and aku bgnn lain
2 hari lepas pulak
ms tgh jalan dgn member, elok je lalu pondok pkcik tu, dia terpacul kua dr rumah dia tegur bg salam and jln seiringan dgn ktorg, tanye dah kawen blom, anak brp, tinggal kat mana. dekat member tu pun dia tanye , aku ckp dia blom ada anak lg, (konon dah kawen la)..tp member ni jujur ckp blom kawen lg..wadus..
ape kes nk tau sume tu kot ye ramah pun
seram hokey
kalau lalu pondok dia lepas park kete jln laju gila x nak tgk muka dia takut kena tegur
paranoid kan aku ni
mmg aku paranoid
walaupun dia mungkin sekadar ramah tp aku x suke ramah2 sgt
seram. bersangka baik tu ye jugak tp kena la berjaga2.
dah la aku balik lmbt skit dr org lain
yg lain bujang2 and lelaki kul 5 tepat dan cabut
aku ni kdg 5.30 x balik lg.
skrg ni x nak balik lmbt2 sgt..

Thursday, September 22, 2011

Milk Booster?? ye ke? hehe try dulu:)

Semalam try jus kurma pegaga keluaran Mazidah foods & herbs industries.
Beli online. Tak tau kat mana jual jus ni tapi di blog mrk kata ada dijual di farmasi, kedai2 jamu etc..
Baru sekali minum. semoga membantu menyihatkan tubuh badan dan milk booster 'akak! hehe
Walaupun rs dia cam ala2 jamu ok... ms minum tu igt kurma n pegaga semata rupanya ada 5 bahan lain:
Kismis
Habbatussauda'
Halia
Madu
Safron


*botol kanan ye*
Antara khasiat Kurma Pegaga ini ialah:
  1. meningkatkan kecerdasan tenaga dan minda (terutama pelajar)
  2. mengatasi masalah dalaman wanita
  3. membetulkan masalah haid
  4. menghilangkan keletihan (sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung)
  5. menambah susu ibu yang menyusukan anak
  6. mengatasi masalah stress dan batuk serta mengurangkan demam terutama kanak-kanak
  7. meningkatkan kesihatan untuk semua golongan
  8. menambah tenaga bagi lelaki dan ahli sukan
  9. sesuai diamalkan oleh pengidap darah tinggi dan tekanan darah rendah
  10. mengurangkan demam
Wah cam tlg iklankan pulak!


Sejak akhir2 ni dah 2x sakit kepala yg amat sblh kepala dan rs nk muntah.. aku migrain ke?? hrp minuman kesihatan ni membantu. insya Allah. ....


dan semoga dgn minum ni leh psiko diri sendiri haha..
(tapi pagi ni bila pam susu dpt la lebih skit susu haha psiko2, kite tgu dalm seminggu dua ni camne hasilnya)
Sekian.

Tuesday, September 20, 2011

jgn tanya aku soalan itu.

Saya tau dia tidak bermaksud
tapi sy tidak sanggup terbaca
~pendaftaran graduan- graduasi-jubah konvo~ lalalla i dont want to know!
bukan salah dia
tapi sebaiknya kite 'hide' kan je post yg tertentu
jadi takde hati yg terluka.
kann?
org kata solusi paling baik adalah jangan baca dan bersangka baik sesama insan

Ingin ku beterus terang (disini je boleh all out sobs)
jangan tanya banyak2 kali soalan bila aku akan grad, bila nk siap tesis, bila anak nombor dua oops
jgn tanya soalan ini buat semua org yg lmbt nk grad
jaga hati sesama insan dan selamat beramal!




Monday, September 12, 2011

taska

Di mana harus kumulakan kisah yg panjang ini? (peruntukan 15minit utk menaip:p )

mama Adeena mula bekerja 1 Jun.
Adeena, neneknya yg jaga selama sebulan.

1 Julai adeena masuk taska dekat rumah (sbb taska di pejabat dah penuh)
1st day dia ragam, lepas tu ok. mungkin belum biasa pd awlnya.
kat rumah, adeena payah tidur sendiri, kat rumah dia cari cik N kalau tdo malam..
kat rumah nenek, dia tdur buai. (kisah buai pun panjang, semooga tidak dipanjangkan)
kat nursery buai tak dibenarkan. (sedia maklum)
tapi nursery suruh bw bouncer.
bila kat nursery mama dia jd risau cukup ke adeena tdo.
risau dia ragam kalau cranky tidur terjaga.
tapi pengasuh dia kata dia ok.
pelik. sbb kalau kat rumah tdur x cukup, mula la dia buat perangai.

lepas bbrp minggu baru tau cerita.
mmg dia ok.
dorang letak je atas bouncer tp x bounce pun, bouncer statik je, dia akan tidur sendiri bila waktu tidur.
bagusnya camni.
itu kisah julai.
yg terbaru, Sept, pengasuh dia puji dia baik sgt kat taska, senang jaga, atr budak yg baik kot.
sukar dipercayai.
bukan bangga, tp kalau dah pernah jaga adeena ni baru tau belangnye hehe..

ranking manja dia paling atas dgn nenek, 2nd dgn mama dia, 3rd baru papa dia.
kat rumah tinggal kejap pun nangis( tp tinggal jugak, kalau x tak terbuat keje), kdg2 dia ok main sorang2, kdg2 dia akan nangis je carik kite kat dapur n sambung drama queen kat pintu dapur. tp kalau papa ade, dia duk dpn papa kat dpn, main mainan dia, mama leh tenang di dapur or buat keje rumah.

dan sejak masuk taska dia kerap sakit.
lung infection hari tu pun sbb ada budak lain yg sakit penyakit yg sama..
bbrp minggu lepas discharge hosp sakit balik (ms nk dekat raya)
lepas discharge nenek adeena kesian so offer jg dia sampai raya tp tak larat sbb adeena manja sgt dgn nenek, nenek x ter buat keje lain asik kena teman dia je (biasalah nenek2 x sampai hati tgk budak nangis) (sesetengah nenek)

kemudian hantar balik nursery, selsema n batuk n demam pulak. demam 2 hari, batuk n sesem berpanjangan sampai raya. dan sekarang sesema ada sikit lg x baik2. follow up check up kat KPJ hspital , paed bg ubat selsema yg lain.
alkisah.

taska adeena ok ke tak ok?
dari segi penjagaan ok kot..cuma risau dia asyik sakit..
selain dr suka pakaikan adeena minyak rambut (aku benci minyak rambut, cam budak busuk je)
tp tau dorang nk suro nmpk kemas kot sbb tu sume budak dipakaikannye minyak rambut
plus maybe sbb rambut adeena sikit, so pikir leh lebat kot
tp kite rasa pakai minyak liang sumbat ada la hahaha
kaum india, rambut mmg lebat, pakai la minyk sebotol pun tetap lebat(anugerah buat mrk)
ms adeena demam, pun nk pakaikan myk rambut, haruuuuuu, x ke lg panas kpala otak budak tu..tp kite dah tegur x yah pakaikan ms demam. skrg ni pun rs nk suro dorang x perlu pakaikan terus huhu..

Suka kalau ada dua org cikgu ni jaga adeena, cikgu fatimah n cikgu Ana. dorang jaga adeena mmg tiptop, siap pakaikan stokin  ms balik, selimut ms tidur, sapu minyak kat perut lepas mandi n diaper changing. ada penjaga baru ni, kite x dpt nk rank lg sbb budak muda, nmpk cam ok dgn adeena tp x setiptop cikgu senior tu.

ms adeena sakit nmpk adeena kurus, risau gak , adeena tak mkn ke, tp adeena mmg ms dia sakit dia x selera,
ni selsema dia makin ok, baru dia selera balik..
so abaikan aje yg tu..
adeena mmg jenis kecik, dia mkn byk time dia x sakit, tp tak gemuk2.

Adeena mmg elok tinggal kat nursery compre dgn pengasuh(cam nenek) sbb dia suke ramai orang, suke nk berkawan, kalau kena tinggal dgn cikgu kat taska pun dia ada kwn2 dia leh  main. sbb tu dia x meragam kat nursery. kalau ragam jugak tu ada lah keperluan dia yg tak dipenuhi.

ok lebih 20 minit hahaha








Tuesday, September 6, 2011

kembali bekerja

Sangat lemau sbb cuti raya yg terlalu lama
hari pertama bekerja sungguh tidak menyeronokkan
tapi semua digagahi juga sbb kalau tak settle, habislah.. kerja tetap kena kerja..

Cuti raya seminggu lebih mmg best walaupun tak la ke mana sgt pun
dan walaupun beraya kat sini je
mungkin sbb dah ada family sendiri, jd rasa ok je mn2 pun
hari selasa tp dah 'look forward' hujung minggu ;)
Gambar raya, haih jgn ckp, x tau sape yg snap tp gmbr x brp nak jadi.. sedeh betul..
esok kite upload je yg mana ada.

weekend ni, byk plan termasuk follow up check up adeena,
termasuk g jalan beraya dan termasuk juga ada yg nk bertandang kerumah
tp semua dlm perancangan lg..

ye hari ni baru selasa tp ckp psl hujung minggu hehe
nk buat mcm mana, itu je yg membuatkan hati gumbira:)
yg lain sume x brp menggembirakan hati, kerja, stok susu adeena, nursery adeena, tesis.. ok kerja jauh lebih menarik dr tesisku.. benda2 ni je yg bersawang setiap masa.

dan selebihnya harus diteruskan:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...