Monday, October 31, 2011

post geram: perbezaan antara mengada dan manja

Dengan mama dia mengada
Dengan Nenda pun dia ngada
Dgn papa dia manja
kat taska dia la budak plg senang jaga, tak nangis langsung ok!
macam tak percaya
dorang tipu ke??
cam tak boleh caya si tecik tu tak nangis langsung


adeena2
hari demi hari pening kepala otak Mamadeena

kalau kat rumah manja sgt dgn papa
kalau papa marah bila adeena buat salah dia cari mama dia mintak peluk ke pe bagai
bila mamadeena marah (sj je gertak) dpn Nen, dia g kat Nen dia mintak dukung!
drama betol
geram

dgn mama & Nen
tukar lampin nangis, pakai baju nangis. (60% sllnya mmg nangis)

kdg2 nk basuh kencing berak pun nangis
nangis3..nangis mengada2, bkn kua air mata pon.

tp mamadeena dah sedaya upaya tak manjakan, sll hati kering je

dulu pnah pujuk tp papa tak bg, so mamadeena sll buat tak tau je kalau adeena mengada2

kalau banding dgn nenek, adeena lebih dimanjakan

tp dgn papa dia
ms tukar diaper
diam je
sapu minyak angin baik je
pakai baju sume
ok je
geram tak???

kat nursery tak nangis langsung
bila mamadeena nk letak dlm carseat balik dr nursery meraung tak nak duduk dlm carseat
sampai cikgu adeena kata
adeena nangis? (macam benda pelik tgk adeena nangis kot?)
mamadeena tanye cikgu kat nursery nanes tak
cikgu adeena kata kat nursery tak nangis pun
kalau pernah nangis pun sbb nk susu atau bersebab

geram tak?
tak faham betul.

ranking mengada adeena
1. Nenek
2. MAmadeena
3. Papa
4. Nursery

siap ada ranking mengada kan.
:p


Adeena dgn papa kesayangan,




org lain tak berpeluh, dia berpeluh2 basah kepala
Geram rs nk cubit pipi sampai merah.

Monday, October 24, 2011

pneumococcal vaccine for Adeena


Sabtu lepas bawa si kecik g kpj hosp utk injection pneumococcal
Sebenarnya dah lama nk bawa tp sebelum ni adeena tak sihat kan
bila dah bebetul sihat baru bawa dia g inject
Tanya Doc akan demam tak injection ni,
sbb dgr2 mmg akan ada kemungkinan utk demam
Doc kata selalunya budak tak demam
Mlmnye badan adeena panas
Seeloknya baik doc cakap bengantung pada antibodi budak dan boleh la parents adeena ni berjaga2 kan huhu..
tapi demam dia tak teruk sgt sbb ahad dia cam ok, tp pagi tadi naik skit suhu bdn dia. maybe tgh adjust dgn injected vaccine dan tak stabil lg. sbb tu demam dtg dan pergi.

ni gmbr sebelum demam. haih adeena2 sopan betul.


Injection ni bagus utk sape2 yg mmg hantar anak2 ke nursery
Boleh lindungi anak2 dari "deep pneumococcal infections" (khususnya septicemia and meningitis)
lagipun dulu adeena pernah kena pneumonia (lung infection) jadi vaksin ni mmg sgt perlu utk dia.
Anak2 yg dijaga homecare tak terdedah sgt dgn bakteria, kulat, parasit dan virus berbanding nursery jadi tak wajib sgt tp kalau nk ambil pun boleh. Double protection.
dan harga vaccine ni RM 241 (utk yg tak tau) , 1 dos, pd umur adeena
Bergantung pd umur budak tu, ada yg lebih dari satu dos, maybe itu utk under 1y.o.

Sekian info hari ini :)

Erti bersungguh-sungguh

Baiklah
hari ini azamku utk menyispkan satu chapter
pakar motivasi kata ( motovasi??) kalau nk merealisasikan sesuatu
kena tulis atas kertas
jgn pasang angan2 dlm minda je
ok, baiklah
kucatat dlm belog?
kira jugak kan?
ok, bersemangatlah!
Jangan futusasa!
i hate you tu kena tukar pd i love you.
yikes!

Sunday, October 23, 2011

HELP!

Melihat benda ni
rasa cam..
"how am i to finish this?!!"
Rasa nak menangis!
Kalaulah dgn menangis boleh siap!
I hate you!

Thursday, October 20, 2011

baby headband~2nd attempt

Mamadeena tgh buat headband baru teeehee weeheee..
Guna lebihan lace yg Nen adeena guna utk buat kusyen hehe
tapi belum siap
pending sbb ketiadaan butang?
dimanakan ku cari butang??
Mamadeena (sedap jugak mama Mamadeena ni , perasan hehe)terjumpa butang yang sgt cumilnyer di sini.
comel gila, kalau dapt semua sure tak tau nk buat ape
mungkin jahit kat segala baju adeena kot
tampal kat baju, topi, baju kurung ke?
comel!
hover kan mama Adeena ni.



ok kalau nk menyusahkan diri dan menjadi kreatif banyak je cara buat butang sendiri
gunakan tali ( /kain (yg sesuai ye)kalau kreatif sgt) seperti di sini









atau seperti di sini..



tapi sbnrnya cara buat butang paling best adalah menggunakan ini:


Ehsan pic dari sini:







dan button maker kit ni boleh didapati di Daiso, japan. ok tak perlu pergi Jepun. branch Daiso ada di sini. tp maamdeena tak berpeluang nak g (sbb baru je tau button maker kit ni boleh dapat kat mesia rupanya, hengatkan hoversee je ader). heee

ok disebabkan mamadeena tak dpt g kedai Daiso lagi dan nak sgt buat butang, kite guna creativity yg ada ok..








nak beli online accout dibekukan sementara waktu ekeke
so guna je butang baju lama (yg dah tak pakai)
dan buat butang bungkus..:p
tp buat ms ni khayalan semata2
cuma bunga dan headband je yg ada







cit..igtkan dah siap ek hehe.. belom lg..







butang oh butang!


Sarah has gone to Miriiiiiii...

makan oren mcm makan nasi lol



Ini kawan baik saya
nama dia sarah
saya kenal dia sejak di universiti
Sarah berkawan dgn Azila
Fatihah berkawan dgn Azila juga
kemudian fatihah berkawan dgn sarah
hehe



Saya tak tau dia igt ke tak
tapi kali pertama saya kenal dia sewaktu dia tumpangkan saya ke bustand
sbb hari nak hujan
kebetulan azila mmg dlm kereta dia
sy nmpk azila
ketuk tingkap kereta panggil azila
dan berharap ada org berhati mulia akan tumpangkan sy
hehe
sebenarnya dlm hati bermohon boleh minta bantuan kawan Cik azila untuk tumpangkan
sbb hari nak hujan?
Mujur Pn eh belum Pn. lagi, Cik sarah baik hati
dia pun tumpangkan kami bersama-sama
Sejak dari hari tu, sy kenal dia.


dan sy berkawan dgnnya sampai sekarang.





Kpd: Pn Sarah
Semoga kehidupan baru kini lebih bermakna!!! hehe
ringkas, padat dan ikhlas
dari: Pn Fatihah


Tuesday, October 18, 2011

dan hati si pemungut sampah yg paling mulia

Jika takut untuk membantu menjadi faktor utama yue yue tidak dibantu
kenapa tidak telefon polis atau ambulans

dan selain itu penyebab untuk tidak membantu adalah kerana keperihatinan itu tiada langsung.

dan di pengakhirannya dalam 1 dalam 18 datang membantu yue yue
dan cuba utk mendapatkan bantuan/mencari ibunya

kukira dia yg paling berhati mulia walaupun dia hanya mengalihkan yue yue ke tepi jalan.
satu perbuatan yg mudah bukan?

dan yg plg memilukan petikan kata-kata dari manusia ini dari sini

"You saw that girl on the CCTV footage, she didn't see where she was going, you know. I was on the phone when it happened, I didn't mean it," he said. "When I realised I had knocked her down, I thought I'd go down to see how she was. Then when I saw that she was already bleeding, I decided to just step on the gas pedal and escape seeing that nobody was around me."

"If she is dead, I may pay only about 20,000 yuan ($3,125). But if she is injured, it may cost me hundreds of thousands yuan," he added.

Subhanallah sanggup langgar dgn tayar blkg buat kali kedua. di manakah mata hati.................

dan sila baca komen di link ini

Thursday, October 13, 2011

baby headband yg menggeramkan

Pertama kali lihat headband ni rs cam uuuu cumilsnyerrrr..
dan rasa cam senang je nak buat ni
boleh buat sendiri
sy mmg suka pd kraftangan
rs puas boleh buat sendiri
yg dia buat kemas je
tak byk la penjual baby headband buatan sendiri yg boleh buat dgn kemas. yg buat ribbon biasa pun nmpk cam 'keras' je ribbon puff tu. tak cantik. hahah.







Shomel! geram! rs mcm x byk yg boleh buat design mcm ni. dari onulaa je kot??








yg mcm ni pun cantik. dan byk jugak nmpk style camni. nmpk senang kan. hehe








ni yg terbaru dr onulaa. derang kata imported. xtau lah import dr mana.. sgt besar kan munge dia? baby tak geli2 ke? haha tp apae2 pun sgt comel








ni pun terbaru dr onulaa. imported jugak.. cantikkan? headband tu cam jarang nmpk tp bunga tu mcm gmbr 1st cuma tukar material je, campur dgnkain net.







haha amatur. sj try. beli headband sejak bulan puasa, igt nk pakai ms raya tp x kesampaian, lepas raya abru buat. yg putih tu sj try2 nk ikut onulaa tp x jadi! haha lgpun guna organza, onulaa guna chifon utk design tu. yg kanan tu google youtube je. senang bakar je tepi kelopak2. tp kurang menjadi kot sbb susunan kelopak kurang seninya. dah la buat mlm2 buta ms tu. haha.






anyhow..





it was a good try lah kan





nk cuba lg nnt





tp tak de material yg sesuai dan color yg cantik





ada sape2 nk derma perca2 kain yg best2 tak





heheh


pictures *credits to Onulaa as trademark*



Kasih ibu

Ape perasaan kita melihat gambar ini? terharu kan..



Sedih pd masa yg sama.. kerana janin sepeti inilah yg tidak dihargai langsung oleh segelintir manusia.. sekali lg minta dijauhkan...



Artikel penuh kite baca dari sini..

Wednesday, October 12, 2011

Wordy Wednesday!!









Bengang tak bila cikgu nursery pulangkan susu yg kita dah perah
bukan senang nk perah (in my case)
bagi balik bulat2
bengang sgt!%^%#&**(#$&%()#*(#@#H*#@&^%#@!^*()_!
dia kata dulu (ms 1st time jadi camni)yg adeena tak nak minum habis susu kite
so petang dia tak bg botol yg ketiga instead bg susu pediasure
(ok pjg kisah susu pediasure tu tp kite mmg bekalkan jugak sbb dulu pernah adeena nk minum sampai 6botol susu kat nursery plus bg pediasure cz ms tu adeena lose weight sbb sakit teruk and takde selera makan langsung so paed suggest pediasure- walaupun agak janggal statement sakit teruk ubatnya susu ibulah kan- tp ms adeena sakit kite just bg susu kite, bila nenek dia jaga (yg nak sangat dia gain weight cpt, nenek akan bg pediasure jugak), so kita biarje lah nenek nk bg susu ape2 pun asalkan jgn x bg susu kite langsung)

kuandaikan adeena ngantuk ms belah pagi so dia x nk minum susu sgt waktu pagi
dia mmg camtu kalau ngantuk sgt x nak minom melainkan direct feeeding tu dia x kan tolak:p
tapikan ape ke bijak cikgu dia x bg terus susu kite yg mmg kite bekalkan n bg susu lain
lojik ke, lepastu pulangkan balik? dia kata minum susu tepung adeena minum sampai habis!
tipoo je, hari sebelum tu nenek jaga ok je adeena minum 3 botol susu ibu je

bila fikirkan balik bagus jugak dia pulangkan sbb kalau tak, kita tak tau yg dia x bagi harharhar.. buatnye dia buang terus susuku dlm sinki kan..
kite tak kisah nk bg susu tepung (i have nothing against FM) tp habiskan la susu ibu dulu!!!!
lepas tu nk bg segelen kat adeena tu bg la kalau dia nak susu lagi
tp sllnya adeena mmg minum 3 botol je max..xperlu tambahan melainkan kalau ms growth spurt adeena dia nk minum berpuluh2 oz tp adeena ni mmg jenis x kuat menyusu sgt lg2 dah mkn solid food

ni 2nd time buat camni
walaupun kite dah cakap suro habiskan susu kite dulu
so? esok rasakan.
hari ni nen jaga adeena so x dpt nk face to face dgn cikgu adeena
Esok ok. Esok tunggu saya.

Tuesday, October 11, 2011

puff pastry short course?

Sesungguhnya sy ketiadaan mood
Boss suruh attend kelas pastri
sy suka sgt
.
.
.
Lepas cek tarikh kelas yg available
hari minggu???
sabtu ahad lak tuh
ERK..
takde tarikh lain ke...
ada jemputan kahwin
dah janji dgn papa adeena akan pergi
.
.
.

Sebelum ni try buat croissant sendiri kat office
saja2 je (boss suruh)
tapi tak tau la menjadi ke tak
syok sendiri je buat tak tau betul ke tak teknik dan hasil
sbb tu boss suruh pergi kelas















.doh pastry dan croissant.sedap.tapi taktau betul ke salah.



































Monday, October 10, 2011

Bila adeena selsema

Adeena selsema dan batuk lagi
tp kali ni mcm batuk kering
kesian dia bila batuk tidur tak lena

minggu lepas nenek tak jaga adeena sbb nenek bz
hari selasa je nenek jaga
sudahnya, hari jumaat dah nmpk symptom selsema

disebabkan adeena ada history lung infection
ktorg mmg cuak sgt kalau dia selsema n batuk
lalu ktorg pun bg ubt yg kpj bekalkan sebelum ni
tp lepas baca blog pn hanie (sy tak link lg kat sini tp sll mengendap blog ibu2 hehe)
rs cam x nk bg dia ubt kalau boleh ( mmg tau ubt tak bagus utk baby apetah lg ubt selsema yg kemengantukan)

dah bagi scotts emulsion utk adeena
rs x nk bg ubat huhu
kalau demam baru bagi. kan..

bila adeena ngantuk bila mkn ubt selsema ( dan kalau hari biasa kalau dia ngantuk pun)
dia akan tak nak makan (mkn pun skit je)
lapar camne pun, dia akn pilih nk tdo
dan tak senyum sgt kat org
muka tak de perasaan je

ok disebabkan sakit adeena maybe tak teruk sgt (kalau teruk tu maybe kalau batuk dia berleluasa),
mlm ni x nk bg apa2 ubat
rs mcm bersalah igt balik pg td bg dia mkn ubt
dan tau dia akan lalok satu hari kat nursery
(sebab ubat tu sgt melalokkan, effect dia sampai ptg)
rs bersalah sbb kite yg bg makan
tp bg mkn niat asal nk bg cpt baik sakit..
hingus meleleh je
tp budak2 mmg normal je selsema2 ni kan
cuma sbb dulu adeena pernha kena lung infection tu yg mama dia ni jd risau terlebih2

sian adeena kecik2 dah kena mkn ubt..

ntah2 ape2 kite type terabur2 je kan
excuse me. otak x brp nk center hari isnin ni:p

Friday, October 7, 2011

Merokok tak akan menjejaskan kesihatan

tajuk sinis pagi ini
biar sinis
tp sy confirm takkan ada yg terkesan pun

Hidupkan penghawa dingin sebaik menaiki kereta ditakuti
takut cancer
tapi merokok tidak.
pelik.

Sy bukan nak ckp psl aircond
(sebaiknya biarkan dulu pengudaraan homogen sebelum masuk dan mengunci diri di dalam kereta anda)
Tapi sy mahu berckp psl rokok
dgr2 harga rokok akan naik lg
baguslah
tapi kalau ada yg sanggup ikat perut semata2 nk bli rokok
mcm mana tu
wujud ke org mcm ni?

Benci rokok.

Thursday, October 6, 2011

I'll meet 'you' next year



Mulanya rasa macam tak nak tgk gambar kwn2 bergraduasi
( tapi tgk jugak haha )
lepas tgk gmbr tu rasa macam smgt terbakar pulak ( ececeh poyo )
siap g pinjam buku kat library kat office
kemudahan library dah ada knp tak nak pakai
( sbb malas, no comment )
rs macam mental block dgn 'benda' tu ( tak nak sebut nama dia sbb benci )
tp tak nak terbengkalai
....
tgu sy tahun depan!
ameen...

Monday, October 3, 2011

Adeena's diet

Links ku hilang
dan aku sgt lah pemalas utk mengembalikannya
kerna ia memerlukan kesabaran yg tinggi
dan setiap kali nk tgk blog kawan2, type manual je, mujur ada history link yg akan auto kua sendiri.
haha.
tak bangga
tp kesal sbb pemalas.

tadi terbaca ttg solid food Pn Ruwaida utk anaknya.
blog ni mmg aku suka baca
tp sbg silent reader je

Adeena dulu start makan pd usia 6 bulan.
sebelum 6 bln, alhamdulillah aku suri rumah jadi adeena minum fresh milk ibunya
masa tu selalu rasa dan terfikir cukup ke susu utk anakku ni sbb adeena kecil je,
maksudku, rangka dia kecil, tp dalam hati rasa macam dia berisi
ditambah pulak dgn mama kata adeena tak sebulat aku ms kecil (aku ms kecil mungkin kuat nangis dan ibuku mp 'oversupply milk' so aku nangis je mama sumbat susu hehe, sbb tu aku bagai di pam2, aku usia 2 bulan sm dgn adeena masa usia 5 bulan kot?)
ok berbalik pd ceritera asal
...jadi rs mcm cukup ke susu ni..
haha mmg ms tu paranoid yg membawa pd pathetic pun ada
tp aku diamkan aje
tp setiap kali ke rumah mertua mesti dorang kata adeena isi kental, tembam dan sebagainya
pelik juga
kontra di situ
fening akak di kala itu
tp biar jelah asalkan adeena sihat
dan ditakdirkan Allah ms tu adeena tak pernah demam atau sakit selama 6 bulan sejak lahir (lgpun adeena tak duduk nursery, homecare lebih selamat tak gitu..)
jadi hati tenang sikit
sll sedapkan hati
"tak pelah adeena kecil asalkan dia sihat"
terfikir kalau masa tu adeena sakit2 n makin mengecil, confirm lg stress fikir x cukup susu ke ape
biasa la ibu muda (muda la kot twenties kan hahha) yg pertama kali jadi ibu
banyak konflik bagai
:p


Adeena at 5 months~ 


ok dipendekkan cerita
adeena suka pada makanan
walaupun berbadan kecil tp mmg cili padi
hehe alhamdulillah sbb aku tau ada budak yg x berapa pd makanan
jd harus lah bersyukur sbb tak perlu bersilat nk paksa makan kan
kalau anak x suka makan, dan x sihat
kan ibu bapa yg risau terlebih2..

adeena dan makanan
pada awalnya aku berikan fruit puree kat adeena
lepas tu bubur nasi
lepas tu bubur+ ayam
kemudian bubur+ayam +sayur-sayuran
itu lah rentetan2nya
lepas tu br try bg ikan, ikanbilis dlm bubur adeena tp xtau kenapa adeena lebih suka ayam
tu ms sebelum setahun,
ikan bilis dia mknn gitu2 je
ikan pulak aku bg ms nk dekat2 setahun
begitu juga telur walaupun kuning telur dah boleh bagi lagi awal sbnrnya tp dia luah balik
skrg ni dia suke pada ikan pulak
sesungguhnya ape yg anak suke tu sllnya dipengaruhi oleh ape yg ibu bagi
tapi jgn tak tau ada juga budak yg dah diperkenalkan dgn sayur tp tak minat jugak (nk buat camne kan, kena kreatif di situ dan belek buku pa&ma tgk resepi buat sayur corak2 bagai hahah menarik gak kan)
sayur-sayuran pun sama
semoga adeena suka pada mknn berwarna hijau sampai besar
asalkan dia tak memilih bila bg sayur, tu aku dah bersyukur
setakat ni bg benda hijau, dia makan je.

dan setiap ibu ada cara pemberian mknn tersendiri
dan setiap cara itu tidak salah
asalkan mknn tu berkhasiat dan sesuai utk bayi anda



Adeena at 9months~


adeena di nursery
sesunggunya aku pening
tak tau nk sediakan mknn ape utk adeena kat nursery
sbb adeena dah boleh mknn nasi biasa
tp bila bg bubur biasa, lg byk kuantiti yg dia makan
sudahnya sampai sekarang aku blend sikit mknn dia cthnye ayam
gigi depan dah penuh tp mkn bubur lg haha
tak tau la betul ke tak aku ni
tp rsnya asalkan dia makan, ok kot?
lagipun kalau bukan kat nursery adeena mmg mkn je nasi biasa cz terliur tgk mak bapak dia makan
kdg2 lepas mkn bubur dia, dia dtg ngendeng kat nasi mama n papanye..

kdg2  weekend bg nasi dan lauk tak blend pun hehe
cuma rs mcm dia mkn lebih sedikit dan sudahnye dia nk meratah lauk je lebih lepas tak nk mkn nasi
pastu isap air dlm ikan tu pastu luah..
ape kes
baik le mama blend confirm tak luah..

kat nursery rs nk bg dia sup sayur
tp confirm akan basi kot bile 2nd meal (mungkin leh bg utk mkn waktu tghari je kot)
tak confident dgn org nursery
takut mknn adeena basi
so aku bg bubur ayam je
balik rumah baru variasikan
ok kot.. huhu

hari tu pernah tanya nursery budak lain baya adeena mkn ape?(ms tu adeena setahun ++) nursery sediakan tak?
dia kata baby lain minumsusu and biskut baby jek..
erk??
musykil sgt
baby lain x lapar ke, minum susu je
ataupun cikgu tu igt adeena belum setahun lebih ke? ( cz ada org igt adeena ni 6-7 bulan, sampai hati kan teka 6-7 bulan haha)
tak tau la. tak de jwpn utk soalan ini.
jadi sekarang setiap hari la mama adeena sediakn makanan adeena utk nursery
sllnya akan masak utk 4-5 hari dan frozenkan
itu kalau bubur
kalau nasi biasa (yg lembut) + lauk2 tu, rs x smpai hati ni frozen kan.
tak tau la knp.
dulu ms nmpk adeena dah leh mkn nasi biasa, hari2 masak sbb tak buat stock frozen pun.
skrg ni bg bubur nasi jd mmg  sll buat stock utk frozen kan.

sebenarnya
kalau baby2 lain kat nursery tu dah start makan
teringin nk tanya ape yg ibu2 mereka bekalkan dan bagaimana yg menyenangkan mereka utk mrk handle
tp hampeh
haha

ps: sekarang ni adeena gilir2 tinggal rumah nenek dan nursery sejak dia demam hari tu, sbb nk mengurangkan risiko dia sakit walaupun penyakit sentiasa ada di mana2.
kalau adeena tinggal kat rumah nenek, mama dia tak risau sgt, g kerja pun hati senang :)




Tahun kedua..


Selamat Ulang tahun perkahwinan yang kedua
rasa macam baru semalam...
Semoga kekal abadi
insya Allah


ps: macam mana rasanya kalau dah ulang tahun kedua puluh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...